Thursday, March 31, 2011

..::Tip Kecantikan Untuk Mu Wanita::..

Post kali ini dibawakan khas untuk insan istimewa yang bergelar wanita...Mesti kalian semua sudah tidak sabar ingin ketahui apakah tips-tips untuk kelihatan cantik di hadapanNya..Tapi sebelum tu, kekasih yg saya maksudkan di ats adalah cinta agung kita iaitu Allah SWT..Jom kita amalkan bersama-sama utk menarik perhatianNya..^^

1. Bersihkan wajahmu dengan pencuci muka berjenama WUDHUK

2. Sapukan mukamu dengan bedak MALU, tatkala kaum adam memandangmu

3. Oleskan gincu SENYUMAN lambang keikhlasanmu

4. Basahkan bibirmu dengan ZIKRULLAH yang dapat hilangkan dahagamu

5. Hiasilah matamu dengan menggunakan maskara jenama REDUP PANDANGAN bagi elakkan zina

6. Untuk kesan jangka panjang, niatkan IKHLAS KERANA ALLAH supaya make up anda kekal selalu.

Selamat mencuba ye..^^

"Jadilah dirimu mawar yang berseri, menguntum di jalan dakwah..Biarlah terpaksa dilukai onak duri demi merasai manisnya kasih Allah"

..::Khas Untuk Mu::..



Jika mahu cintaku…
Carilah dahulu cinta Allah..

Jika mahu rinduku..
Rindulah Allah dan rasulnya dahulu

Jika mahu sayangku..
Sayangilah dahulu agamamu lebih dari diriku..

Jika sayang diriku..
jauhilah aku sebelum masanya..

Jika ikhlas dengan diriku…
jauhkan aku dari zina..terutamanya zina hati..

Jika cintamu sejati untuk ku..
cintailah aku kerana Allah..

Jika pilihanmu aku..
pilihlah kerana agamaku..bukan yang lain..

Jika setiamu padaku..
setialah kerana untuk mendapat redha Allah..

Jika kau mahu peliharaku..
peliharalah aku dari godaan cinta dunia dan nafsu..

Yakinlah..
Andai Allah tentukan aku milikmu..
Aku tetap milikmu..

Yakinlah..
Andai Allah tentukan aku bukan milikmu..
Itu yang terbaik untukmu..

Ketahuilah..
Diriku juga mncintaimu..
suntinglah diriku..dengan caranya..dan pada masanya

Wednesday, March 30, 2011

..::Adakah Anda Tahu??::..


1- KELAWAR sentiasa membelok ke kanan apabila keluar dari gua.
2- KUCING adalah satu-satunya haiwan yang tidak mempunyai deria rasa.
3- Sebatang PENSEL mampu menghasilkan garis lurus sehingga 56km. Jika 2 bilion pensel ia mampu mengelilingi dunia sebanyak 9 kali.
4- Raja RAMA RAMA mempunyai deria rasa sebanyak 12,000 kali ganda dari manusia.
5- Anda dikehendaki melalui 1792 anak tangga untuk sampai kepuncak menara EIFFEL.
6- JERUNG tidak boleh buka mulut dalam jangka masa yang lama kerana boleh mengakibatkan ia mati lemas.
7- Gunung berapi terbesar di alam semesta adalah OLYMPUS MONS yang terletak di planet Marikh.
8- Ikan HARUAN mampu mengesan 27000 jenis bau skali gus ia adalah haiwan paling sensitif dengan bau.
9- Nisbah SEMUT dengan manusia adalah 1,000,000:1
10- Tanduk BADAK SUMBU bukanlah dari tulang, tetapi ia hanyalah dari bulu yg terkumpul dan padat.
11- BATU KARANG terbesar dikeluarkan dari badan manusia adalah seberat 1.36kg .
12- Matahari memiliki tenaga yang cukup utk menerangi bumi bagi  tempoh lebih daripada 5 juta tahun lagi.
13- Tekanan jantung manusia semasa mengepam darah adalah cukup kuat sehinggakan setiap pancutan boleh memancutkan darah sejauh 9 meter.
14- Purata setiap manusia manusia memiliki 100,000 helai rambut dan tumbuh lebih cepat pada waktu malam.Sementara itu, hidung pula dikatakan dapat mengenal pasti 10,000 jenis bau yang berbeza-beza.
15- Setiap hari darah beredar sejauh 180,000 Km dalam tubuh manusia. Ikan emas adalah satu-satunya haiwan yang dapat melihat cahaya inframerah dan ultraungu Setiap 1 cm persegi kulit manusia, didapati mengandungi 7 meter pembulu darah
16- Terdapat banyak spesies labah-labah yang sanggup mengorbankan tangan dan kaki utk dimakan anak-anaknya yang baru menetas. Langkah ini adalah utk mengelakkan anak-anaknya itu daripada memakan sesama sendiri.
17- Orang lelaki mudah mendapat buta warna,10 kali ganda berbanding wanita.
18- Setiap langkah ke hadapan, anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan
19- Bahwa simbol mata uang dollar $ tidak diketahui berasal dari mana, namun kemungkingan berasal dari huruf U dan S (U.S)?
20- Bahawa sebelum wang kertas digunakan, Amerika menggunakan kulit rusa (buckskins)? Hingga sekarang orang mengenall istilah bucks.
21- World Wide Web diperkenalkan pada tahun 1989, Beatles dibentuk pada tahun 1959, Nestle memperkenalkan produk kopi instan pada tahun 1938.
22- Semasa di havard university, edward kennedy telah digantung dari peperiksaan spanish kerana menipu.
23- Pemutar skru telah dicipta sebelum skru dicipta.
24- Pemutar skru jenis philips telah dicipta di oregon.
25- Bendera kebangsaan italy telah diilhamkan oleh Napoleon Bonaparte.
26- Cahaya dari matahari memerlukan 8.5 minit untuk sampai ke bumi.
27- Tibet ialah negara tertinggi didunia iaitu pada kedudukan 4500m dari paras laut.
28- Tiada tanah di kutub utara, hanya ais yang melitupi permukaan laut.
29- Terdapat lebih 4 juta kereta di brazil menggunakan gasohol berbanding petrol, gasohol ialah minyak yang dihasilkan dari tebu.
30- Gajah menghabiskan masa selama 23 jam untuk makan.
31- Anak ikan paus biru yang baru lahir mempunyai berat 7 tan ketika lahir.
32- Istana terbesar didunia yang mengandungi 1788 buah bilik pernah dibina untuk sultan brunei.
33- Levi Strauss membuat sepasang jeans biru pada tahun 1850, dibuat untuk digunakan oleh pelombong emas.
34- Tahukah anda bahawa mulut kita menghasilkan 1 liter air liur setiap hari…
35- Jantung manusia dapat menyemburkan darah sejauh 30 kaki
36- Dalam waktu 24 jam, tubuh manusia rata-rata melakukan aktifiti:
37- Jantung berdenyut sebanyak 103,689 kali
38- Darah mengalir 1,680,000 mil.
39- Kuku tumbuh sepanjang 0.00007 inci
40- Rambut tumbuh sepanjang 0.01715 inci
41- Menghabiskan 2.9 pounds air
42- Menghabiskan 3.25 pounds makanan
43- Menghisap 438 kaki kubik udara
44- Menghasilkan 1.43 pints keringat
45- Berbicara sebanyak 4,800 kata
46- Bergerak saat tidur sebanyak 25.4 kali.
47- Tahukah anda kita tidak akan berasa GELI bila kita mengeletek diri kita sendiri.
49- SEMUT tidak tidur.

Saturday, March 26, 2011

..::Indahnya Senyuman Mu::..


Indahnya senyum keredhaanmu.. Aku hairan dengan orang Mukmin. Dapat nikmat pun dia memperolehi pahala. Dan diuji dengan kesusahan pun dapat pahala. Orang Mukmin yang sejati, bila ALLAH susahkan dia, dia berfikir, tentu ALLAH mahu beri dia pahala sabar. Pahala sabar itu bighairi hisab tanpa dihitung-hitung. Kalau kebaikan biasa diberi ganjaran satu persepuluh atau paling-paling tinggi satu hingga tujuh ratus, tetapi pahala sabar, ALLAH mungkin balas dengan tujuh juta atau seisi langit dan bumi; terpulang pada ALLAH untuk memberinya. Patutlah orang Mukmin boleh senyum gembira dengan ujian kesusahan yang diberikan oleh ALLAH SWT, sebab dia tahu dia akan diberi pahala. ltulah yang dimaksudkan dengan Hadis di atas Bila dapat nikmat atau kesenangan seperti sihat badan, ada duit, dapat suami, dapat isteri, dapat cahayamata, dapat makan minum dan sebagainya, dia sedar dan insaf bahawa nikmat itu datang daripada ALLAH. Oleh itu dia sentiasa rasa syukur kepada ALLAH SWT, Aku mesti gunakan nikmat ni kerana ALLAH. Aku mesti tingkatkan perjuangan, aku mesti tambah kebaikan, sebab ALLAH beri kebaikan kepada aku. Oleh itu dia dapat pahala. Yakni pahala syukur atas nikmat yang ALLAH beri. Sekiranya dia dapat kesusahan pun, dia dapat pahala.

Jauh sekali bezanya dengan kita. Kita bila diberi nikmat, nikmat itu menjadi bala, mendatangkan dos. BiIa diuji dengan kesusahan pun ia menjadi bala. Yang senang pun kita dapat bala, yang bala jadi dua kali bala. Kalau seseorang itu memandang kecil pada ALLAH, waktu senang dia akan lupakan ALLAH. Jangan sangka kesenangan boleh mendekatkan dia dengan ALLAH. Kesusahan lebih baik baginya. Dia akan sedar dirinya hamba. Sakit gigi pun dah tak tahan. Selama ini aku ingat aku ini hebat, gagah. Bila diuji baru terpelengok. Rupanya aku ni hamba. Baru kita terasa diri kita kecil, dan ALLAH itu besar. Jadi memang elok kita diuji. Tapi sekiranya memang tak pernah kena uji, kalau diuji pun hanya dengan ujian yang kecil-kecil, bukan ujian yang besar-besar, bila diberi ujian lebih sikit, kita rasa kitalah yang paling berat diuji di antara manusia-manusia. Sakitnya jiwa kita.

JIWA TAUHID
Ubat untuk sakit jiwa tidak lain melainkan tauhid kepada ALLAH SWT. Kuatkan jiwa dengan ALLAH SWT. Kita boleh kuatkan fizikal dengan senaman, boleh berjoging tiap-tiap hari ataupun beli alat-alat aerobik, makan bahan-bahan berzat secukupnya. Semua ini boleh menyihatkan badan. Tapi makin kuat fizikal, makin lemah jiwa. Kenapa? Kerana jiwa tak dikuatkan dengan ALLAH. Sebab itu perlunya ujian kesusahan. Dengan ujian itu, kita sedar ALLAH itu ada dan kita sedar perbuatan ALLAH pada kita. Kita tahu mengapa ALLAH lakukan sesuatu kepada kita. Kalau umpamanya ada orang menyusahkan kita, kita tahu ia merupakan ujian dari ALLAH untuk penghapusan dosa kita.
Mungkin waktu kita muda-muda dulu kita pernah menyusahkan orang lain. Setidak-tidaknya waktu sekolah menengah dulu, Kita jentik-jentik telinga kawan, pukul kawan, ejek-ejek kawan. Semua itu menyakitkan hati orang. ALLAH balas perbuatan kita itu sekarang, mungkin isteri kita mengejek kita pula. Hapuslah dosa kita. Di waktu itulah kita kena ingat bahawa kita pernah mengejek orang, menghina orang. Jadi ALLAH hina kita melalui isteri, melalui anak, melalui orang lain untuk menghapuskan dosa.
Bila kita terasa dosa kita terhapus, alangkah bahagianya. Umpama kita diisytiharkan masuk ke Penjara, tapi tiba-tiba tak jadi dimasukkan ke dalam penjara. Alangkah bahagianya. Mungkin sebagai tanda kesyukuran, Kita akan sembelih lembu lima, enam ekor. ltu baru penjara dunia. Penjara Akhirat (Neraka ALLAH) lebih hebat dan menakutkan.
Patut kita sedar, dengan ujian kesusahan yang ditimpakan kepada kita, ALLAH tak mahu hukum kita di Akhirat, Dia mahu hukum kita di dunia. Tapi kalau kita tak mahu menerima, kita tak faham itu ganjaran pahala daripada ALLAH, maka jiwa kita akan sakit; itu yang membuat kita terpelengok. Mana ada manusia yang lepas dari ujian. Raja atau pemimpin sekalipun, walau sehebat mana pun dia, pasti tidak lepas dari ujian kesusahan. Kalau dia seorang yang zalim, ALLAH datangkan orang yang lebih zalim lagi untuk menghukum dia. Bila orang jahat pukul orang jahat, maka kena buku dengan ruas.

Bagi sesetengah pemimpin, kadang-kadang orang-orangnya sendiri yang lanyak dia. ALLAH datangkan tokoh-tokoh yang dia didik dan dibelainya dulu, menyusah dan melanyak dia. Supaya dia sedar, tak ada orang yang berkuasa. Cuma kalau dia tak sedar, dia tak nampak kuasa ALLAH. Tak nampak maha berkuasanya ALLAH. Mungkin dia telah berlaku zalim terhadap sebuah jemaah Islam yang haq. Dia nak hapuskan jemaah itu. Tapi ALLAH tak izinkan, bahkan jemaah itu masih terus berjuang dan dari sehari ke sehari makin berkembang; pendukung serta simpatinya makin bertambah. Bahkan orang-orang bawahan pemimpin itu pun turut memberi simpati dan mendukung perjuangan jemaah tersebut. Padahal tidak ada apa-apa pada jemaah itu kalau dibandingkan dengan pemimpin yang dikawal oleh bodyguard tapi akhirnya dapat dijatuhkan juga.
Kalau mengikut logik, itu tidak mungkin berlaku. Tapi ia berlaku dengan izin ALLAH. Jadi tidak ada manusia yang lepas daripada ujian. Bila didatangkan ujian oleh ALLAH, kita kena terima. Tak apalah susah sikit-sikit tapi bahagia di Akhirat. Tapi kalau orang yang kena ujian bukan kerana ALLAH, di dunia lagi parah. Di Akhirat dapat Neraka. Kalau kita faham ini semua kerja ALLAH, maka ianya tidak memberi kesan kepada kita. Sakit memang sakit dan memang kita rasa teruji, tapi taklah sampai kita hilang pertimbangan. Katalah ada orang menyusahkan kita. Mungkin suami kita, isteri kita, ibu ayah, anak atau orang lain. Waktu itu kita perlu rasakan di hati, Rupanya ALLAH nak berikan pahala kepada aku, jadi buat apa aku susah-susah hati. Bukan aku yang bersalah, dia yang bersalah.
Jadi kalau kita tak redha dan tidak sabar, sebenarnya itu satu kepelikan kerana orang lain yang lakukan kesalahan, kita yang susah hati. Patutnya perkara yang membolehkan kita masuk Syurga menjadikan kita redha dan sabar. Apabila orang curi duit kita umpamanya, orang itu yang patut susah hati sebab dia yang bersalah; dia akan masuk Neraka sedangkan kita akan dibalas dengan Syurga. Tapi kita pula yang nak marah dengan orang yang nak masuk Neraka. Kerana kita tak tahu kerja ALLAH! Bila kawan silap sikit dengan kita, kita pun marah-marah. Patutnya kawan itu yang marahkan kita, tengok, aku dah termarahkan engkau, kalau tak kena gaya, boleh masuk Neraka...Tapi kita pula yang marahkan dia. Sedangkan kita patut susah hati, Jangan sampai aku yang tersalah dengan orang. Bila bersalah atau silap dengan orang, aku boleh masuk Neraka. Kalau aku menjaga daripada membuat kesalahan, aku boleh masuk Syurga. Patutnya kita sedar tentang hal ini.

DIDIKAN UNTUK WANITA
Bagi seorang isteri, kalau dia sedar perkara ini, hatinya tidak akan susah. Umpamanya kalau suami lambat balik sikit, mungkin seminggu sekali baru balik, kita tak akan marah-marah. Kita akan bersabar dengan tindakan suami kita. tak apalah suami aku buat macam in mudah-mudahan dengan cara inilah dosa aku terampun Jadi kita tak akan marah-manahkan suami kita. Yang hairannya, kita ini terlalu pentingkan diri sendiri. Kalau kita buat pada orang tak apa, tapi kalau orang buat pada kita, kita tak boleh terima. Orang silap dengan kita, kita ambil tahu, tapi kalau kita silap dengan orang, kita make don’t know sahaja; buat tak tahu. Suami tersilap dengan kita, kita ambil kira. Kita silap dengan suami, tak apa. Bagi si suami pula, isteri tersilap dirasakan terlalu menyakitkan, tapi bila suami yang silap, dia tak sedar. Dia buat don;t know sahaja. Sebab itu pentingnya tauhid. Bukan tauhid sekadar percaya ALLAH itu ada, ALLAH menjadikan alam ini. Cuba tanya orang bukan Islam, ni dunia siapa yang bikin?Tentu dia jawab, tuhan ALLAH la...Tauhid macam itu, orang kafir pun miliki.
Jadi kita mesti faham akan kerja Tuhan. Bila diberi pangkat, harta dan duit sebanyak-banyaknya, ALLAH seolah-olah berkata, ni Aku beri peluang untuk engkau membuat pahala kebajikan sebanyak-banyaknya. Tapi mengapa tak ambil peluang? Waktu diberi peluang keistimewaan, kita tak ambil peluang untuk cari pahala. Patutlah sekali-sekala ALLAH tarik nikmat itu untuk menguji kita pula. Supaya ALLAH dapat berikan pahala sabar pula. Tadi diberi peluang dapat pahala syukur, sekarang diberi peluang merebut pahala sabar pula. Di masa-masa lain mungkin diberi peluang mendapat pahala memberi maaf, pahala meminta maaf, pahala tawakkal, pahala pemurah dan sebagainya.
Kalau tak ada kejadian yang berlaku pada diri kita, mana ada ruang nak dapat pahala? Pahala sabar diberi waktu susah. Kalau tak mahu terima kesusahan, mana ruang untuk kita dapat pahala sabar? Jadi setiap kejadian yang menimpa diri kita itu, sebenarnya ALLAH nak berikan pelbagai benda kepada kita.

AMARAN ALLAH
Menjaga hubungan hati dengan ALLAH itu penting. Sekiranya ujian-ujian yang ALLAH timpakan membuatkan kita merasa tidak senang, maknanya kita tidak senang dengan ALLAH. Kita tidak senang dengan Dia yang mencipta diri kita. Gambarkan bagaimana. Tentulah ALLAH murka.
Di dalam Hadis Qudsi ada disebut: Kalau engkau tidak sabar dengan ujian dan ketentuan Aku, maka carilah bumi selain daripada bumi Aku, carilah langit selain dari langit Aku. Dan carilah Tuhan selain daripada Aku. Bolehkah Kita cari Tuhan lain? Bolehkah kita berpijak di bumi selain daripada bumi ALLAH? Katalah Kita nak pergi ke bulan. Bulan pun hak ALLAH juga. Seluruh isi langit dan bumi serta yang berada di antara kedua-duanya adaIah kepunyaan ALLAH.
Demikian murkanya ALLAH SWT hingga Dia berfirman demikian. Kalau tidak sabar dengan ujian dan ketentuan-Nya, Dia menyuruh kita mencari bumi selain daripada bumi-Nya. Maknanya bumi yang di atasnya tidak ada ujian; hanya penuh dengan keindahan sahaja. Sedangkan ALLAH sudah tentukan, kehidupan di bumi-Nya ini ada payah dan ada senang. Katakanlah, kita berdoa kepada ALLAH, minta nikmat sahaja. Kalau kita diberi nikmat, adakah kita mampu bersyukur setiap ketika? ALLAH tambah sahaja rezeki seringgit, Kita tambah sembahyang sunat dua rakaat. Bertambah sahaja sepuluh ringgit rezeki kita, Kita tambah 20 rakaat sembahyang sunat. Begitulah seterusnya, untuk menunjukkan syukur kita terhadap nikmat ALLAH.
Mampukah kita berbuat begitu? Kalau tidak mampu, terimalah sedikit ujian daripada ALLAH, untuk dapat pahala. Sebab kalau kita dapat banyak nikmat daripada ALLAH pun, bukannya kita boleh menambah bakti. Bukannya kita boleh menambah kebaikan. Jangan-jangan kita bertambah jahat! Kalau selama ini kita kurang duit, kita rajin juga sembahyang. Tapi bila duit bertambah banyak, sembahyang pun tunggang-langgang. Bolehkah kita berjanji dengan Tuhan; bila bertambahnya rezeki, kita akan tambah kebajikan yang dibuat. Kita akan tambah sembahyang sunat, tambah khidmat kepada orang, tambah sifat pemurah dan sebagainya.
Apakah kita mampu berbuat demikian? Kalau tak mampu, apa yang ALLAH timpakan kepada kita, kita terima sahaja. Jangan bangkang, kerana ALLAH bermaksud untuk memberikan pahala kepada kita, cuma kita yang tak faham. Waktu anak-anak kita main tepi jalan, kereta pula lalu-lalang, Kita rasa bimbang, lalu kita panggil dia balik. Kita jentik dan piat telinganya. Dia berkata dalam hati, tak ada otak ibu ayah aku ni, sakit telinga aku dipiatnya.Tapi sekiranya anak kita faham, dia berterima kasih kerana tindakan kita boleh menyelamatkan dia daripada kena langgar. Mana lebih sakit kena piat telinga atau dilanggar lori? Tapi anak itu tak faham didikan ibu dan ayahnya, lalu dia jadi marah. Padahal cuma dijentik sahaja; kalau dibiarkan diIanggar lori, lagi parah. Kalau dia faham, tak apalah dijentik sikit sebagai mengingatkan aku jangan main di tengah jalan. Sebab kalau aku lalai, tak diingatkan dengan jentikan tadi, terus main di tengah jalan, mungkin dilanggar lori. Kalau tak mati pun, patah kaki, patah tangan. LaIu dia akan berfikir, baiknya ayah dan ibu aku ini bertanggungjawab. Rupanya begitu sayangnya dia dengan aku.
BiIa si anak berfikir begitu, taklah rasa sakit hati, nak marah dan memberontak. Bayangkan pula, kalaulah sejak dulu hingga ke hari, seluruh guru di dalam dunia ni, kerana nak menjaga ketenangan hati dan fikiran anak muridnya, mereka pun biarkan anak muridnya berbuat apa saja. Apa yang muridnya buat walaupun salah, mereka tak marah, mereka tak akan pukul atau rotan. Anak muridnya nak mentelaah atau tidak, nak baca buku atau tidak, mereka tak tegur. Marah tidak, rotan pun tidak. Agak-agaknya bagaimana manusia ini keadaannya? Begitu juga kalau kita sebagai ibu bapanya, dia tak buat kerja rumah, dia malas baca buku dan sebagainya, kita tak tegur atau rotan.
Bagaimana agak keadaannya? Sebab kalau jentik atau tegur tentu budak itu akan sakit hati. Kalau kita berfikir begitu, apa akan jadi? Akhirnya guru tak akan ke sekolah, anak-anak murid pun tak akan ke sekolah. Kita dulu pun pergi ke sekolah kerana mak ayah yang suruh. Kalau tak pergi, dipiatnya telinga kita. Cuma baru sekarang kita tahu nilai harga ilmu. Kalau di waktu sekolah rendah kita biarkan anak kita tanpa ditegur, sampai sekarang ini pun dia tak mahu sekolah. Apa akan jadi dengan manusia yang seperti ini? Begitulah kalau ALLAH tak jentik-jentik kita, tak disusah-susahkan kita, apa akan jadi pada kita ini? Jadi begitulah, ALLAH susahkan kita sedikit untuk melepaskan kita dari penderitaan yang besar di Akhirat kelak. Kalau kita faham seperti fahamnya si anak tadi terhadap tindakan ibu dan ayahnya, masyaALLAH, kita akan berterima kasih dan bersyukur kepada ALLAH SWT. 

..::Kesan Zikir Terhadap Otak::..

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabk an untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudara ku seislam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

..::Brain Damaging Habit. Are U Damaging Yourself??::..


1. No Breakfast.
People who do not take breakfast are going to have 
a lower blood sugar level. This leads to an insufficient 
supply of nutrients to the brain causing brain 
degeneration.
2. Overeating.
It causes hardening of the brain arteries, leading to a 
decrease in mental power.
3. Smoking
It causes multiple brain shrinkage and may lead
 to Alzheimer disease.
4. High Sugar consumption.
Too much sugar will interrupt the absorption of 
proteins and nutrients causing malnutrition and 
may interfere with brain development.
5. Air Pollution.
The brain is the largest oxygen consumer in our 
20 body. Inhaling polluted air decreases the supply 
of oxygen to the brain, bringing about a decrease
in brain efficiency.
6. Sleep Deprivation.
Sleep allows our brain to rest... Long term deprivation 
from sleep will accelerate the death of brain cells...
7. Head covered while sleeping.
Sleeping with the head covered increases the 
concentration of carbon dioxide and decrease 
concentration of oxygen that may lead to brain 
damaging effects.
8. Working your brain during illness.
Working hard or studying with sickness may lead to a 
decrease in effectiveness of the brain as well as 
damage the brain.
9. Lacking in stimulating thoughts.
Thinking is the best way to train our brain, lacking 
in brain stimulation thoughts may cause brain shrinkage.
10. Talking Rarely

Intellectual conversations will promote the efficiency 
of the brain.

Thursday, March 24, 2011

..::Berapa Kali Nak Cakap, Couple Tu Haram::..


Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna..
Masa dalam kelas kawan-kawan semua tak suka..
Saya nak ‘join’, kawan kata saya menyibuk..
Ada pula yang kate saya kuat emo..
Sikit-sikit nak marah..
Padahal sebenarnye saya nak tegur mereka buat bising masa belajar..
Lepas tu saya cuba buat lawak
kononnya nak tarik perhatian orang lain
saya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak saya
terutamanya pelajar-pelajar perempuan..
Budak-budak lelaki semua kata saya ‘mat capub’(cari publisiti)..
tapi saya tak kesah..
asalkan ada yang terhibur..
Tapi saya tetap merasakan kekosongan..
Memang lumrah manusia..
Seoarang lelaki akan tertarik kepada wanita
Macam itulah yang saya rasa..
Saya tengok kawan-kawan dah ada yang ‘couple’..
Di dorm sms awek sampai pagi..
ada yang call awek sampai satu malam boleh habis 10 ringgit..
Saya mula berfikir..
“Adakah aku perlu BERCINTA?”
Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu..
saya pun mula menanam tekad untuk ber’couple’..
Dan masa itulah saya kenal awak..
saya rase saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya..
Mula-mula awak jual mahal..
Tapi saya tak kisah..nak beli gak..
akhirnya, dipendekkan cerita..
saya pun mulalah BERCINTA..
Masa bercinta,memang saya sangat-sangat bersemangat
Apa orang kata..’ALL OUT’lah..
haha..
Saya selalu call awak,awak pun selalu call saya..
‘gayut’ malam-malam..kadang-kadang saya pun habis RM10 satu malam..
Tetapi segala PENGORBANAN yg dilakukan masa ber’couple’ tu..
Tidak terasa pun kehilangannya..
Mase bercinta memang indah..
Semuanya indah..
Sikit-sikit gurau-gurau
Sikit-sikit gelak-gelak
kalau merajuk men pujuk2..
kalau ‘birthday’ kita sambut sama-sama..
Untuk diri ini,terasa amat bahagia..
Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai..
Saya pernah terikir..
Biarlah kawan-kawan saya tu pandang saya semacam,
kata saya macam-macam..
Asalkan awak memahami saya..
Satu hari saya dengar ceramah..
Alhamdulillah..
Dalam ceramah tu saya sedar,saya banyak buat dosa
dan saya kena brubah..
Hidup saya mesti selari dengan Islam..
Saya kena jadi baik..
Sebab memang itu fitrah manusia..menginginakan kebaikan..
semua orang nak masuk syurga kan?
Sejak dari saat itu saya mula rapatkan diri dengan masjid..
Rapatkan diri dengan Al-Quran..
Selalu solat jemaah awal waktu..
Selalu dengar tazkirah..
Saya beli terjemahan Quran, sebab nak tadabbur Quran
Saya beli dua, satu untuk saya, satu untuk awak,
Saya taknak jadi baik seorang diri..
jadi saya ajak awak sekali..
Saya ajak awak baca Al-Quran..
saya kejut awk bangun subuh..(calling)
saya ajak awak saling beri tazkirah..
Mula-mula awak terkejut dengan perubahan saya..
Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak brenti couple.
Saya kata,kita bukan buat benda yang salah..
bercinta kerana Allah..
Kita couple tak macam orang lain..
Orang lain couple ‘jiwang-jiwang’ je..
ade yang siap wat mksiat lg..
pegang-pegang tangan dan macam-macam lagi..
Tapi kita couple baik-baik..
Jaga batas-batas syara’..
Tak guna ayat jiwang-jiwang
janji taknak jumpa, takut berlaku maksiat..
cuma sms dan call je..
Dan awk terima perubahan saya itu..
Saya pun banyak nasihat awak..
Awk pun terima..
Walaupun kadang-kadang awak merajuk sebab teguran saya tu
Tapi saya faham, perubahan memerlukan masa..
Dan akhirnya saya rasa..
Hubungan kita semakin diredahai..
Saya salu doa supaya kita akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan..
Dalam proses perubahan saya,
Saya mula menyedari bahawa berdakwah itu wajib..
Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran.
Kalau kita tidak berdakwah..
kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak.
sesuai dgn firmanNya dlm surah Al-A’raf,
surah ke 7,ayat ke 164:
Dan (ingatlah) ketika suatu umat di
antara mereka berkata: “
Mengapa kamu
menasihati kaum yang Allah akan
membinasakan mereka atau mengazab mereka
dengan azab yang amat keras?
” Mereka
menjawab: “Agar kami mempunyai alasan
(pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu,
dan supaya mereka bertakwa”.
Lepas tu saya mulalah beri tazkirah pada kawan-kawan dan adik-adik
Tegur mereka apa sahaja yang silap..
Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat salah/dose..
Saya mesti nak tegur.
Selemah2 iman tegur dengan hati, oleh sebab saya nak jadi orang kuat iman..
Ape lagi..tegur je la depan-depan..huhu~~

Lepas tu, satu masa..
saya terbaca pasal couple..
“COUPLE HARAM”
Saya tak percaya..
tapi bila baca detail-detail yang dia bagi..
macam betul pulak..
huhu~~
tapi biasala..
kalau kita suka satu benda tu..
kita tetap akan cari alasan untuk ‘membenarkan’ pendapat kita..
Saya pun buat tak tahu pasal benda tu..
dan teruskan saja hubungan kita..
kita tak buat maksiat..
Kita jalan-jalan pegang tangan..
tak jiwang-jiwang..
Cuma saling ambil berat..
Tanya khabar..
Borak-borak..
Siap bagi tzkirah lagi..
Apa yang haramnya dengan benda ni?
Tak kisahlah..
Masa terus berlalu…
Masa ni dah nak dekat Trial SPM..
lagi tiga minggu sebelum trial..
dalam masa tu, saya memang rajin study dengan kawan..
buat study group
Pada masa yang sama, bagi tazkirah..
Ada yang terima..
ada juga yang buat tak tahu
Kadang-kadang bila tegur..
saya kena marah pula..
macam-macamlah alasannya
ada kata saya tegur tak berhikmah..
ada yang kata saya menunjuk-nunjuk je..
Tapi tak kisah..
saya ada tempat mengadu..
huhu~~
Suatu masa..
ketika sedang mentadabbur Al-Quran seorang diri..
saya terjumpa ayat ini..
Mengapa kamu suruh orang lain
(mengerjakan) kebajikan, 
sedang kamu
melupakan diri (kewajiban) mu sendiri,
padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)
?
Maka tidakkah kamu berfikir?

(Al-Baqarah, ayat 44)
Saya pun terfikir..
“Selama ini aku asyik tegur orang je.
Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan,
Cepat marah, suka buang masa,
ade gak dosa-dosa yang masih dilakukan..
Macam mana ya?”
Lepas tu terjumpa pula ayat ini..
Dan janganlah kamu campur adukkan yang
hak dengan yang batil 
dan janganlah kamu
sembunyikan yang hak itu, sedang kamu
mengetahui.

(Al-Baqarah ayat 42)
Tiba-tiba saya terfikir satu keritikan kawan..
“Alah kau tu..cakap je berapi..gaya alim,tapi couple gak..sama aje kau
dengan kami..tegur orang konon..”
Berfikir sejenak..
Sebenarnye ber’couple’ ni boleh ke tidak?
Adakah selama ini saya hanya menganggap ia boleh?
Habis tu, kenapa saya rasa malu bila mak dan ayah
tahu saya selalu berhubung dengan perempuan?
Dan terkadang saya rasa serba salah?
Macam-macam yang saya fikir..
Dipendekkan cerita lagi sekali..
saya ke Pulau Pinang untuk mengikuti satu seminar dkwh..
Saya harap dengan seminar ni kefahaman saya mengenai dakwah akan lebih mantap..
Dalam perjalanan ke seminar tu..
saya masih sms lagi dengan awak dalam bas..
sempat lagi pesan-pesan supaya jangan lupa baca Al-Quran hari ini, solat awal waktu..
Dalam fikiran saya..
“Ni kira dakwah juga..saling ingat-mengingati..”
******
Majlis malam itu berakhir dengan sesi ta’aruf,
pukul 10 semua orang dah bebas untuk aktiviti sendiri
Lagipun kami semua penat..
takkan nak panjang-panjangkan program sampai tengah malam..
pihak penganjur pun faham..
Tiba-tiba saya tergerak hati untuk bertanya dengan fasilitator yang ada di situ..
Saya rasa inilah masa terbaik untuk tanya pendapat dia tentang couple.
Tapi saya tragak-agak..
“Kalaulah betul couple tu salah..habis tu,nak
buat macam mana? Aku kena clash ke?
Alah,buat apa fikir macam tu..tanya je la. Kalau
tak buat salah, apa nak ditakutkan?”
Lalu saya menghampiri ‘Brother’ fasilitator tu..
Masa tu dia tengah membelek-belek terjemahan Al-Qurannya seorang diri.
“Assalamualaikum, bang, saya nak tanya sikit
boleh?”
“Em,boleh..duduklah. Nta nak tanya apa?”
“Er..macam ni,sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada kenal seorang
kawan ni, perempuan la. Tapi bukanla setakat kawan biasa..rapat gak la. Bukan rapat biasa,tapi rapatla..”
“Bercinta ke?”
Saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa pula brother tu kate..mesti dia marah nnt. Saya pun angguk. Lepas tu saya tanya..
“Sebenarnya..couple ni boleh ke tak bang?”
“Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga. Allah firman dalam surah Al-Isra’, surah ke 17, dalam ayat yg ke 32:
Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.
“Tapi bang,saya tak nampak pun yang kami ni menghampiri zina. Niat kami baik. Saya dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami. Sms pun takdelah jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah lagi. Kami selang-selang bagi, hari ni saya, esok dia.”
Saya tak mahu mengalah.
“Memang betul niat nta baik. Tapi ingat, niat tak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap sahaja batil, yang haq tetap haq. Cuba tengok ayat ni.”
Sambil brother tu bukak Al-Quran dia, dan tunjuk pada saya ayat ini:
Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik
perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.

(Surah Al-Anakabut,Surah 29, ayat 38)
“Akhi, kalau nta paham ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada nta ialah, setan telah buat nta pandang indah benda buruk yang nta lakukan. Walaupun nta berpandangan tajam, maksudnya nta berilmu tinggi. Memang pada mulanya niat nta baik, tapi ingat, syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat nta terjerumus ke dalam kemaksiatan. Lagipun, takkanlah sepanjang masa nta sms dengan dia, nta ingat Allah. Mesti ada masanya nta hanya melayan perasaan dengan dia, kan?”
Betul juga katanya. Lepas tu saya kata, “Tapi bang, saya dah janji dengan dia taknak jumpa lg. Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti banyak bahayanya. Dan dia pun setuju. Kami sama-sama menjaga diri. Takkanlah ia boleh membawa kepada zina juga bang?”
“Em, betul, nta dah janji taknak jumpa dengan dia lagi. Nta dah dapat
elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. kalau nta janji taknak call die pula, nta dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi akh..masih ada zina yang tetap nta tak dapat elak apabila bercouple..”
“Zina hati?” Saya menduga.
“Betul, zina hati. Semua inilah yang Rasulullah jelaskan dalam hadithnya tentang bagaimana menghampiri zina tu. Nta boleh ‘check’ dalam Riyadahus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita. Rasulullah bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia. Hakikatnye, macam mana pun nta buat, nta tetap tak dapat lari daripada zina hati.”
Saya terdiam..kelu. Tak tahu apa nak dikata. Semua yang brother tu kata tiada yang salahnya. Kemudian dia sambung..
“Ana dulu pun couple gak. Lagi lama daripada nta. Sejak sekolah sampai dah masuk U, dekat nak gred. Tapi bila ana sedar apa yang ana buat ni salah, ana trus tinggalkan. Ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana. Kalau nak diikutkan lagi besar masalah ana daripada nta.”
“Saya risau la bang. Nanti apa kawan-kawan dia kata. Dulu saya selalu minta tolong mereka untuk rapat dengan dia. Mesti nanti mereka semua tak puas hati dengan saya. Dan dia sendiri pula, saya takut apa-apa akan jadi pada dia kalau dia tak dapat terima keputusan ni. Sebab kami dah rapat sgt.”
Masa tu saya dah mula sebak. Malu betul. Menangis depan brother tu cerita pasal benda ni. Nasib baik tak ada org lain masa tu. Brother tu jwb..
“Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun, mereka boleh buat apa? Paling teruk pun, mereka akan mengata di belakang nta. Nta tak kurang sikit pun. Lagipun, dalam berdakwah ni, kita nak cari redha Allah, biarlah orang nak kata apa-apa sekali pun, yang penting redha Allah. Kalau Allah tak redha, semuanya dah tak bermakna lagi.”
Saya trdiam lagi.
“Pasal die pula, cube nta fikir dari sudut positif, mungkin dia akan terima keputusan nta scara matang. Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk tidak lagi bercouple. Ana yakin, die takkan buat apa-apa perkara bodoh. Kalau die buat sekalipun, itu bukan tagguungjawab nta, apa yang nta nak buat tu betul, meninggalkan maksiat. Semua orang akan tanggung balasan atas perbuatannya sndiri.”
Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa itu saya menangis, saya dah sdar yang saya kena berhenti couple. Dah jelas sekarang, couple tu haram.
“Jadi apa saya nak buat bang?”
“Ana dulu, hantar satu sms je kat dia. Ana terangkan pada dia hubungan yang dibina itu salah. Minta maaf, kita berakhir di sini. Tolong jangan cari saya lagi. Lepas itu ana terus tukar nombor. Ana tak hubungi dia langsung lepas tu.”
“Maksudnya, saya tak boleh hubungi dia lagi ke? Tapi bang, saya ade juga kawan perempuan lain, boleh pula saya hubungi mereka?”
“Dengan dia ni lain. Nta dah pernah ada ’sejarah’ dengan dia. Tapi, kalau nanti ditaqdirkan nta satu universiti dengan dia, satu kuliah, lepas tu kena pula buat group discussion, masa tu nta hanya layan dia hanya sebagai group discussion partner.”
Tiba-tiba saya terfikir..
“Dia ni nak suruh aku clash malam ni gak ke? Sekarang gak? Takkanlah awal sangat?”
Saya cakap..
“Saya rasa saya belum ade kekuatan la bang. Boleh tak saya tunggu sampai saya ada kekuatan, baru saya tiggalkan benda ni?”
Saya ingat nak lari la. Lalu dia jawab..
“Akh, nta kena ingat. Kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tapi ia perlu dibina. Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri. Nta boleh rujuk surah Ar-Ra’du,surah ke-13,ayat 11. Lagipun, nta nak tuggu sampai bila baru nak tinggalkan couple ni..abang-abang fasilitator ni pun ramai yang pernah couple, bila masuk dakwah, mereka tiggalkan.”
Alamak…tak boleh lari lagilah nampaknye..saya rasa macam brother ni paksa saya clash masa tu juga.
“Semuanya dah jelas rasanya..Nampaknya saya kena tiggalkanla benda ni gak ye. Macam tak larat rasanya nak tekan button handphone ni. Rasa tak sanggup.”
“Kalau tak sanggup mari ana tolong tekankan.”
“Eh, tak apalah bang. Biar saya taip sendiri.”
Teragak-agak saya nak taip masa tu. Tapi saya gagahkn juga diri..
“Semuanya dah jelas..buat apa aku tangguh-tangguh lagi. Takut nanti hidayah ni Allah tarik, susah pula nak tinggalkan. Kan aku selalu doa supaya dijauhkan dari maksiat..jadi rasanya, inilah masanya..”
Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu..
“Assalamualaikum..Sebenarnya selama ini hubungan kita salah di sisi Islam. Saya ingat dengan mengubah cara pergaulan kita, ia dah dibolehkan, tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Saya harap awak akan istiqamah meneruskan perubahan yang awak dah buat, kerana Allah. Saya minta maaf atas segala yang dah berlaku. Kalau ada jodoh insya-Allah, akan bertemu juga. Assalamualaikum..”
Berat betul nak hantar sms tu kat awk. Saya masih tak mampu nak ucap selamat tiggal. Sebab tu dalam sms tu saya hanya akhirkan dengan ucapan salam. Lepas beberapa ketika..saya tekan juga button [send].
Lepas tu tertera di skrin..
[SENDING..]
[MESSAGE SENT]
Masa tu saya rasa macam separuh hidup saya dah hilang. Macam tak percaya..saya dah hantar 1 sms, dan clash dengan awak..
“Terima kasih bang..”
“Takpe, dah tanggungjawab..”
Malam tu saya saya tidur dengan linangan air mata..tak sangka..mmg tak disangka..Saya memang tak pernah terfikir untuk clash, tapi itulah yang terbaik untuk kita sbenarnya..
Tiba-tiba saya teringat ayat Allah..surah Al-Baqarah,ayat 216..
Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
*******
Masa terus berlalu.. Saya terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain. Dalam usaha nak lupekan awk, bukan senang,tapi saya terus cuba. Saya selalu bagi tazkirah, ingatkan orang.
Saya bagi ta’lim di msjid, terangkan pada orang, couple haram, tunjuk segala dalil.. Macam-macam yang berlaku..ada kritikan..ade gk yg stuju..tapi tak kisahlah semua tu..
Tiba-tiba satu pagi ni, dapat sms daripada awak..awak bagi gambar bunga..bawah tu ada ayat..
“Seindah gubahan pertama..”
Saya rasa awak masih tak dapat lupakan saya. Saya pun fikir..”Kena tegaskan rasanya”. Lepas tu saya hantarlah sms ni. Dan rasanya itulah yg terakhir..
“Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredahaan ilahi..seindah manapun gubahan pertama tu, selagi tak mendapat keredahaanNya, tetap tiada gunanya..
Assalamualaikum..saya tahu, dulu saya cakap, kalau ada jodoh, insya-Allah akan bertemu juga. Tapi saya taknak awak tunggu. Lupakan saya. Biar Allah yang menentukan..Lagi satu,
Jangan cari cinta manusia,
ia penuh dengan penipuan,
kekecewaan,
dan tak kekal..
Tapi carilah cinta Allah..
tiada penipuan,
tidakkan pernah mengecewakan
itulah cinta abadi..
Cinta yang diredahai..
-Yang Terakhir- ”
[SEND]
[SENDING..]
[MESSAGE SENT]
Saya dah buat keputusan.
Saya pasti apa yang saya buat ni betul.
Saya yakin, Allah akan sediakan yang terbaik untuk saya.
Saya takkan berpatah balik..
Takkan..buat selama-lamanya..