Tuesday, June 28, 2011

Peristiwa Bersejarah Israk dan Mikraj


Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.
 
Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):
Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
i.      Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii.     Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;
iii.    Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

  •       Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
  •      Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
  •    Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
  •      Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
  •      Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
  •       Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
  •       Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
  •        Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
  •        Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
  •       Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
  •      Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
  •       Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
  •        Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
  
Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
i.    Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
ii.    Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.
iii.   Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.
iv.   Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.
 v.   Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
vi.   Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
vii.    Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH.Mengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
viii.   Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
ix.   Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
 x.     Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S.W.T     :       Ya Muhammad.  
Rasulullah        :       Labbaika.  
Allah S.W.T     :       Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. 
Rasulullah        :       Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. 
Allah S.W.T     :       Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang. 
Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

 Selepas Mikraj

Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam...Selamat Menyambut Israk dan Mikraj...



Rasa-Rasa Cinta Kasih




hatiku ada satu...kuberikan padamu, apa lagi yang tinggal padaku..
sebab itu aku selalu menangis...kerana hidupku kosong tanpa kamu bersamaku..
wahai Allah terimalah aku di sisiMu..aku sedar kini..
aku ingin kembali bermunajah cinta padaMu..
ampuni aku dan tenangkanlah hatiku dan bahagiakanlah jiwaku..


Wahai Allah,
mengapa airmataku ini masih mahu mengalir...
apa yang aku sedihkan lagi..apa yang aku kenang, apa yang aku mahukan..apa yang aku cari. apa yang aku inginkan, apa yang masih kosong dalam hati ini....

Wahai Allah,
Engkaulah yang mencipta aku, Engkau yang memberi ruh padaku, Engkau yang maha mengetahui diriku, Engkau yang memberiku hati, Engkau yang memberi rasa-rasa ini, Engkau yang maha mengerti akan rasa-rasa yang ada, sampai bila aku harus meratapi dan menangis begini, mengapa aku harus tenggelam dalam lautan cinta buta ini lagi...mengapa ya Allah...

Wahai Allah,
Engkau telah memberi aku pelajaran yang baik, dan akan ku ingatinya sehingga akhir hayatku. pelajaranMu ini sangat hebat sehingga aku tak pernah berhenti untuk menangis...
airmata ini sentiasa mahu mengalir untuk membasuh segala dosa-dosaku yang lalu...

Wahai Allah,
mengapa aku sahaja yang merasa ini semua, mengapa aku sahaja yang menanggung derita jiwa..mengapa aku sahaja merasa sakitnya. Rasa-rasa itu menikam2 umpama duri-duri yang menusuk hati, aku tak tertahan lagi ya Allah...Engkaulah yang maha mengetahui...
noktahkanlah rasa-rasa gila yang memberlenggu jiwa ini, kurniakan aku kekuatan menanggung kesakitannya...andai kesakitan ini adalah kebaikan buatku di sisiMu...

Wahai Allah,
sungguh cinta kepada manusia tidak abadi, andai pintu hati itu tertutup cinta sering memanggil-manggil dengan suara rindu sedih sayu, tetapi setelah pinta hati itu telah dibuka, cinta selalu lari jauh dan terus menjauh, sukar sekali aku memahami cinta itu dan payah sekali untuk aku memanggil dan mendakapi....aku termangu dan tertanya-tanya sendiri, aku terbiar sepi aku tidak diperduli. Inikah janjiMu ya Allah, inikah takdirMu, inikah natijahnya andai aku memilih cinta dunia, ia selalu mempermain-mainkan hamba....

Wahai Allah,
aku hambaMu yang tidak tahu, aku hambaMu yang banyak dosa, aku hambaMu yang kurang ilmu dan selalu melakukan kesalahan tanpa ku sengajakan. Tunjukilah aku jalan, bimbinglah aku ke jalan kebenaran, jalan orang-orang yang telah Engkau berikan nikmat, bukan jalan kemurkaan, bukan jalan-jalan kesesatan..

Jangan aku di sesatkan lagi oleh kebodohanku sendiri, jangan aku mengikut hawa nafsu jangan aku mengikut hati lagi...suluhilah dengan NurMu ya Allah, agar aku menumpahkan cinta dan menyintai hanya padaMu. Cinta padaMu cinta sejati dan cinta abadi...Engkau tidak pernah mengecewakan hambaMu...kerana Engkau maha kaya... Tuhan yang mencipta cinta dan Tuhan yang menitipkan cinta.

Jangan aku sedih lagi dengan cinta dunia jangan aku menangis lagi dengan kehilangannya, kurniakan aku kekayaan jiwa agar aku tidak memandang dunia dengan cintanya dan tidak merasa susah dengan mehnah dunia yang menimpa hamba...Makbulkanlah permintaan hamba yang hina ini...amin ya Allah.

Tidak semua titik silang cinta bertemu tanpa airmata...
oleh itu solat, doa dan sabar perlu bersama..moga tenang hati hamba.

Monday, June 27, 2011

Cinta Si Bulan



Hati ini menyanyi
nada gelisah sendiri
Irama asyik terurai
Bagai tak terlepaskan rantai
Persis musafir terdampar di pantai

Rupanya masih sedar selubung rindu
Hirisan yang nyata sungguh nyilu
Dibuai hembusan angin pilu
Sepi lagi tapi kali ini tak berlagu

Lambaikan pada bulan
Bertanya khabar indah
Mengenang warna-warna nostalgia
yang membisikkan kerinduan
Aduh terkapai-kapai pada bisikan ini..

Apa khabar bulan..?
lama tidak bersua..
bukan tiada ingatan..
..bahkan selalu sahaja
menyebut dan mengenang
yang jauh di sudut hati

Kamu sihat bulan..?
lama tidak bertanya khabar..
bukan tak sudi tapi menjaga
kadang aku fikir kamu tak suka
kerana kamu kadang tidak membalas tanyaku
lalu ku intai dari jauh
untuk nyata kamu sihat..

Bagaimana hidup kamu bulan..?
lama kamu tidak bercerita..
tapi aku titipkan doa kebahagiaan buat mu
selalu selepas solat ku
tanda ingatan hati buat mu
yang mahu melihat kamu bahagia
kerana bahagia mu bahagia ku jua

Kamu ingat aku bulan..?
.. tak mengapa..
tak perlu kamu jawabnya
kerana memadai bagiku
pancaran sinar..
..di kala kamu mengambang...



Tuesday, June 21, 2011

Senyumlah Sahabatku...Gembirakan Hatimu


Kupandang dirimu dengan mataku
Kusimpan namamu dihatiku
Senyummu tak pernah pudar dari ingatanku
Bersama kita harungi kisah-kisah kehidupan
Tanpa batas ikatan waktu

Telingaku takkan lari mendengar dukamu
Nasihatku takkan luput menenangkanmu
Saat lara menyayat hatimu
Saat semua meninggalkan dirimu
Ku akan selalu setia menemani kamu

Sahabatku, 
Izinkan aku hadir disisimu
Menjagamu saat kau perlukan sandaran
Memelukmu saat kau perlukan penglipur lara
Menjagamu saat kau terjatuh
Merawatmu dikala hatimu terluka

Sahabatku,
Bersama kita berjalan
Bersama tertawa dan menangis
Saat badai datang menerpa
Saat sang bintang tersenyum pada kita

Ku akan selalu menjagamu
Meski hadirku tak selamanya bersamamu
Namun doaku tak pernah putus
Menghantar semua rasa sayang
Hingga senyummu selalu kelihatan

Sahabatku,
Jangan ragu kesetiaanku
Ingin selalu kuhadir disisimu
Menjagamu saat suka duka
Hingga tawamu selalu membahagiakan hari
Mententeramkan hatiku setiap saat

Sahabatku, 
Raih tanganku
Genggam erat jemariku
Tersenyumlah padaku
Karena tulus kukatakan
Ku selalu menyayangimu....



Friday, June 17, 2011

Cinta Sejati Langit Dan Laut


Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka saling
menyukai di antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya laut
terhadap langit, warna laut sama dengan warna langit. Oleh sebab
sangat sukanya langit terhadap laut, warna langit sama denga warna
laut.
Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-
kata `Aku Cinta Padamu’ ke telinga langit. Setiap kali langit
mendengar bisikan penuh cinta laut terhadapnya, langit tidak
menjawab apa-apa , hanya tersipu-sipu malu dengan wajah kemerah-
merahan.
Suatu hari, datanglah awan. Melihat kecantikan si langit, awan terus
jatuh hati terhadap langit, bak cinta pandang pertama. Tetapi tentu
sahaja langit hanya setia mencintai laut. Setiap hari, langit hanya
mahu melihat laut sahaja. Awan berasa sedih tetapi ia tidak berputus
asa mencari cara dan akhirnya mendapat satu akal. Awan mengembangkan
dirinya seluas dan sebesar mungkin serta menyusup ke tengah-tengah
di antara langit dan laut. Ia berusaha menghalangi pandangan langit
dan laut terhadap satu sama lain.
Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit. Laut
mengeluarkan gelombangnya bagi mengusir awan yang mengganggu
pandangannya. Tetapi tentu sekali usahanya tidak berhasil. Lalu
datanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan cinta langit dan
laut. Angin berasakan perlu membantu langit dan laut menyingkirkan
awan yang mengganggu perhubungan mereka yang sekian lama terjalin.
Dengan tiupan keras dan kuat, angin meniup awan. Lantas terpecah-
pecahlah awan menjadi berselerak ke banyak bahagian, sehingga ia
tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas dan tidak mampu lagi
untuk mengungkapkan perasaannya terhadap langit. Kerana rasa
terseksa menanggung perasaan cinta yang menggunung tinggi terhadap
langit, awan menangis sedih.
Hingga sekarang, kasih antara langit dan laut tidak dapat
dipisahkan. Kita juga dapat melihat di mana mereka menjalin kasih.
Setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada garisan horizon
yang menemukan langit dan laut, di situlah mereka sedang berpacaran
.


Sunday, June 12, 2011

Nafas Cinta Mu


"Hidup takkan bermakna tanpa gelak tawa.. 
Hidup takkan bererti tanpa dinikmati.. 
Saudaraku,hidup hanya sekali !! 
Bergembiralah engkau sepuas hati !! 
Kerana bila esok hari tua menerpa,
Pasti tidak berdaya mengharungi usia.."
 Suara itu seakan merasuk qalbu..
TETAPI. . .
Bagaimana mungkin aku mampu tertawa?
Tika teringat dosa yang menimbun,
Sedang pahala tiada terhimpun,
Bagaimana mungkin aku mampu terlupa?
Pada azab yang tersedia di neraka?
Pada hari pembalasan yang pasti tiba?
Sedang diri tiada sedia..
Bagaimana mungkin aku mampu terleka?
Bergelak tawa sedang kubur makin hampir..
Berbahagia sedang diri akan tersingkir ..
Tergelincir dari dunia..
Tersungkur meniti akhirat..
Tercicir mengejar redhaNya
Cukuplah gelak tawa semalam meninggalkan noda..
Noda yang menjadi nakhoda bahtera dunia..
Tatkala dipukul ombak,nyaris maut ditelan ombak..
Mendambakan bahagia seluas langit angkasa..
Tapi kabur dibawa kabus sedang arah terpesong entah kemana..
Menguasai layar dunia tapi angin akhirat sentiasa memberi ingat.
Lemahnya diri menggadaikan iman demi dunia fana..
Jahilnya diri mempertaruhkan iman pada harta,
Lalu,
Berikan aku jawapan..
Bagaimana mungkin aku tertawa kerna dunia?
Dunia yang menjual leka dan kepuraan,
Dibeli dengan dosa yang berkuponkan neraka.
Walhal,
Tangisan jua yang menyedarkan..
Tangisan jua yang membangunkan...
Munajat hamba ke jalan yang Hasanah..
Lantas aku berterusan menangis,
Gelisah iman yang nipis ini terhakis..
Takut akan RedhaNya menghiris..
Risau syahadah yang tak tersebut
di hujung nafas maut..
"Ah,usiamu terlalu muda untuk bertaqwa! 
Langkahmu masih jauh wahai anak muda,
Ayuh sementara masih ada masa,
Masih bertenaga dan berupaya..
Kita langgar saja batasan dan syariah yang ada..
Esok bila jasad dimamah usia..
Duduklah menghabiskan masa di tikar sejadah,
Allah kan Maha pengampun Maha Pemurah,
Pasti dia menerima amal dan ibadah.
Barulah hidup namanya!"
Suara ketiga terus memujuk rayu..
Tahukah kau apa sebenarnya CINTA?
Tahukah kau apa sebenarnya RINDU?
Andai kau tahu,
Pasti bibirmu tak henti bertasbih,
Mensyukuri setiap detik nadi yang diberi..
Andai kau tahu,
Pasti jasadmu teguh pada sujud
dan bangun pada tahajud,
Andai kau tahu,
Pasti kering airmatamu menangisi
Limpahan kasih melalui kurniaan rezeki..
Di setiap penghujung s0lat dhuha..
Andai saja kau mengerti..
Pasti musibah menjadi bahagia..
Pasti sakit itu yang kau damba..
Pasti dahimu tak terangkat dari sejadah..
Pasti tangan mu lama menadah..
Mem0h0n Allah terus memberi hidayah..
Cinta yang didamba itulah Pemandu..
Cinta itulah yang menguatkan jiwa khalifah agar setia pada pencipta,
Cinta itulah yang merelakan hati berkorban tanpa balasan..
Cinta itulah yang akur pada ketetapan dan jujur pada perbuatan,
Cinta itu tetap mempesonakan walau dirempuh berjuta dugaan..
Rindu yang menerpa itu Pengajar..
Rindu itulah yang membasahimu dengan tangisan syukur,
Rindu itulah yang meneguhkan janji yang bersimpul,
Rindu itulah yang sentiasa menguji cinta khalifah pada penciptaNya..
Rindu itu tetap menggetarkan hati yang menyintaiNya..
Rindu itulah yang akan terus memuji walau disakiti..
Pada,
Masa yang sentiasa meninggalkan kita jauh.
Umur yang semakin bertambah mendekati langkah..
D0sa yang sentiasa mahu mengekori..
Amal yang masih terumbang-ambing di jalanan..
Iman yang sentiasa diuji ke mana arahnya..
Apakah yang lebih manis melainkan syurga ciptaanNya?
Sedang dunia yang hina lagi dipuja..
Apakah yang lebih seksa dari Azab Neraka?
Sedang hati masih 'wahan' terleka..
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani..
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.
Atas nama cinta..
"Aku naik saksi tiada Tuhan selain Allah,dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.."
Atas nafas cinta...
Subhanallah..
Alhamdulillah..
Allahu Akhbar..
Jihad cinta buatMu ya Rabb...
Pelihara nadiku untuk sentiasa mengingatiMu..
Pelihara hatiku untuk sentiasa beriman padaMu..

Friday, June 10, 2011

Jadilah Wanita Paling Bertuah Di Dunia

Keayuan semula jadimu, wahai saudariku, sebenarnya lebih menarik daripada matahari. Sedangkan kewangian pekertimu lebih wangi daripada minyak kasturi. Dengan kerendahan hatimu, anda lebih tinggi daripada bulan. Dan dengan kelembutanmu, anda lebih halus daripada hujan renyai-renyai. Kerana itu, jagalah kecantikan itu dengan keimanan, kerelaanmu serta *iffah dan maruah.

    Oleh itu, wahai saudariku, perhiasanmu yang sebenar bukanlah emas atau perak, tetapi adalah:
-solat dua rakaat menjelang subuh
-dahagamu di tengah hari yang panas kerana puasa
-derma yang tersembunyi yang hanya diketahui oleh Allah
-airmata taubat
-sujud panjang di atas sejadah
-malu kepada Allah ketika didorong bisikan nista dan ajakan syaitan.

Pakailah pakaian taqwa, anda akan menjadi wanita tercantik di dunia, sekalipun bajumu terkoyak.Kenakanlah mantel kesantunan, supaya anda menjadi wanita tercantik di dunia di dunia meskipun anda jalan berkaki ayam.
Berhati-hatilah terhadap wanita jahat, kafir, yang suka menipu dan melencong kerana mereka akan menjadi penghuni neraka Jahannam.


"Wanita yang bijaksana mampu mengubah sahara yang gersang menjadi taman yang segar menghijau"

Dipetik dari buku : Motivasi Menjadi Wanita Paling Bahagia
Pengarang buku "La Tahzan" : Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni

nota kaki:
Iffah adalah bahasa yang lebih akrab untuk menyatakan upaya penjagaan diri (menjaga kesucian diri).Iffah sendiri memiliki makna usaha memelihara dan menjauhkan diri dari hal-hal yang tidak halal, makruh dan tercela.

Wednesday, June 1, 2011

Senarai Game Menghina Islam


1) Devil May Cry 3
Satu permainan komputer yang digilai remaja negara ini dikhuatiri boleh menjejaskan akidah pemainnya kerana ia mengandungi elemen menghina Islam apabila memaparkan kalimah Allah dan Kaabah.

Pemain permainan itu didakyah kononnya mereka berjihad untuk menentang syaitan kerana dikehendaki menewaskan makhluk itu untuk menembusi 12 pintu sebelum ‘penghulu syaitan’ menanti mereka di pintu terakhir iaitu pintu Kaabah.

Elemen penghinaan ke atas Islam jelas tertera apabila kalimah Allah dipaparkan di setiap pintu yang dikawal syaitan termasuklah di pintu kaabah.

Difahamkan, permintaan tinggi terhadap permainan itu menyebabkan pihak pengeluar kini sudah mengeluarkan empat edisi bagi permainan berkenaan sejak mula memasarkannya pertengahan tahun lalu.

Tokoh agama yang juga penceramah bebas, Hassan Mahmud Al-Hafiz menyifatkan permainan komputer itu satu penghinaan melampau kepada umat Islam kerana kaabah adalah kiblat dan tempat suci, begitu juga dengan kalimah Allah yang tidak boleh dijadikan bahan permainan sesuka hati.
Satu adegan dalam game tersebut dipaparkan pintu kaabah sebagai pintu yang menghubungkan di antara dunia syaitan dan dunia nyata dan yang membukakan pintu tersebut adalah karaker CGI yang telah menyerahkan diri pada kuasa ilmu hitam yang sememangnya Islam melarang amalan itu.


Karaker CGI. itu ada membaca ayat, jika kalau tak silap lebih kurang begini permulaannya.


(Diterjemahkan dalam bahasa Melayu)
"wahai pintu yang menghubungkan dunia kegelapan"

dan karaker itu membaca ayat itu didalam kitab yang dipegangnya. Kalau tak silap kitab bible. Pasal di akhir scene karaker tersebut ada menyebut 7 ayat kemusnahan yg tercatit didalam bible.


"Wrath, Sloth, Lust, Gluttony, Greed, Pride dan akhir sekali Envy"

|Kalimah Allah pada pintu dalam permainan tersebut| 


2) Clive Barker Undying 
Permainan ini mengisahkan tentang perlawanan dengan syaitan. Tetapi ianya memberi gambaran keadaan dalam istana yang didiami syaitan itu terdapat nama-nama Allah di dinding istana tersebut. Ini seolah-olah menggambarkan bahawa sesiapa yang menyembah Allah itu adalah sekutu syaitan.
Berita mengenai permainan ini dirampas : Permainan Undying dirampas kerana hina Islam


PERISIAN permainan komputer Clive Barker, Undying telah dirampas dalam operasi di sebuah pusat beli-belah di Kelang baru-baru ini kerana memaparkan beberapa perkataan dipercayai dipetik daripada al-Quran. Penolong Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Abdul Malek Ramli, berkata pihaknya merampas 50 keping cakera padat dari tiga premis di pusat beli-belah itu, hasil maklumat orang awam. Permainan itu mengisahkan watak utama, Clive Baker mengunjungi istana yang penuh ukiran artistik bercorak Islam termasuk ayat Al-Quran, yang dikuasai hantu dan syaitan.

Pemain permainan itu, menerusi watak Clive Baker perlu membunuh semua hantu dan syaitan bagi memperolehi sejenis tangkal bagi menghidupkan semula pemilik istana. Dalam laporan eMedia/Berita Harian yang disiarkan baru-baru ini Abdul Malek berkata, perisian cakera padat dipercayai cetak rompak yang dijual dengan harga RM10 itu, menggambarkan seolah-olah Islam berkompromi dengan syaitan.

Jika terbeli, beliau berkata, ibu bapa beragama Islam dinasihati memulangkan cakera padat itu kepada JAIS kerana ia boleh menpengaruhi kanak-kanak, selain menyalahi undang-undang.

Mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995, mana-mana orang Islam yang memiliki, menyimpan atau menjual bahan menghina Islam boleh dipenjara maksimum lima tahun atau denda RM5,000 ataupun kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Hukuman bagi orang bukan Islam yang terbukti menyimpan, menjual atau memiliki bahan itu, akan dirujuk kepada Kementerian Dalam Negeri.

Abdul Malek berkata, JAIS juga menerima dakwaan orang awam mengatakan, perkataan Allah dalam abjad jawi, timbul setiap kali Clive membunuh syaitan tertentu. “Jais masih menjalankan siasatan lanjut mengenai perisian itu dan ia mungkin mengambil masa tetapi serbuan terhadap premis lain akan dibuat secepat mungkin,” katanya. 



3) Zack And Wiki  
Luahan dari seorang gamer Wii :

Sebagai Avid seorang gamer Wii, saya sedang melihat trailer video game ini dan beberapa gameplay dari Zack and Wiki. Saya dibesarkan dalam sebuah keluarga Muslim dan melawat Pakistan beberapa kali. Oleh kerana itu, saya boleh mengatakan bahawa pada minit ke 0:20 dan 0:44 saat dalam video ini, anda boleh mendengar penghuni pulau sedang berdoa dengan suara panggilan Muslim untuk berdoa, "Allahu Akbar", dan kemudian meniru cara doa. Aneh dan agak mengerikan, saya sangat berharap laungan itu bersifat sementara sebelum diganti ke suara lain. Walaubagaimanapun, mengapa game tersebut dapat tempat pertama di sana?


Note: Pembaca boleh mendengar laungan "Allahu Akbar" pada minit ke 0:20 dan 0:44 pada video dibawah. 

Tindakan yang dibuat :

The Council of American-Islamic Relations (CAIR) has announced that Capcom has removed what CAIR calls a "common Islamic phrase" from Zack & Wiki: Quest for Barbaros' Treasure on the Wii. The phrase's removal comes following complaints from CAIR and others.


The phrase in question is "Allahu akbar" ("God is most Great"), an Arab phrase frequently used in prayer. The phrase came to CAIR and several complainants' attention after it appeared in a promotional video for the game.

A Capcom representative told CAIR, "We have already contacted the team working on the game, and the phrase has been removed from the game and will not be heard in future videos released to the public."

"We appreciated Capcom's willingness to address Muslim concerns about the use of a religious phrase in an inappropriate context and applaud the company's swift response.


4) Prince of Persia 
Prince Of Persia Pedang pada watak tu ada tulisan Kaligrafi Arabic Alphabaticyang diatasnya ditulis,


"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW)



"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar" (Surah Al- Ahzab:71)

Jika kita bermain permainan ini bermaksud kita juga menyokong apa yang mereka cuba sampaikan dan mereka lakukan. Justeru, semoga dapat disampaikan kepada saudara-saudara kita di luar sana.


5) Counter Strike Condition Zero Deleted Scene
Counter Strike Condition Zero Deleted First Stage dia. Kita kena tembak dengan askar-askar yang beragama Islam. Kalau kita sedar, masa kita tembak tu kita boleh dengar askar yang kena tembak menjerit "ALLAHUAKBAR" & "JIHADD". 


6) Stronghold Crusader 
Permainan Perang Salib. Pemain memain watak sebagai Crusader dan menentang musuhnya iaitu adalah orang Arab, dan ketika perang Salib, orang Arab semestinya orang Islam. 


7) Guitar Hero 3 Legends Of Rock

Tidak cukup dengan karikatur dan filem pendek Fitna yang menghina kesucian Islam. Datang pula game komputer yang menghina kalimah Allah SWT. Kali ini game Guitar Hero 3 telah menghina kalimah Allah SWT. Guitar Hero 3 adalah permainan komputer yang memainkan lagu-lagu rock klasik.
Lihatlah bagaimana paparan kalimah Allah ini telah dijadikan paparan lantai dan kemudian dipijak-pijak oleh makhluk yang berupa “syaitan” bermain gitar. Sungguh biadap game ini. Game ini dibangunkan oleh syarikat Neversoft dan dikeluarkan oleh Activision dan RedOctane. Neversoft adalah sebuah syarikat pembangunan video game yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Dimiliki oleh Joel Jewett (berasal dari Montana, Amerika) bersama dengan Chris Ward dan Mick West. Chris dan Mick kedua-duanya berasal dari Yorkshire, England.
Jika kita tidak teliti, kita tidak akan perasan paparan kalimah Allah SWT ini. Pada sesiapa yang melihat permainan komputer ini sila uninstall game ini. Sungguh halus permainan golongan Yahudi dan Nasara untuk menyesatkan orang Islam. Waspadalah kita sebelum membeli mana-mana permainan komputer.

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia

Ada dua kemungkinan di sini : 

a) Penghinaan Senyap
Memang sengaja menyelitkan unsur penghinaan.

b) Zodiak Virgo
Jika zodiak Virgo diterbalikkan 180 darjah, maka jadilah seperti bentuk dalam gambar tadi.

Zodiak Virgo:


Zodiak Virgo diterbalikkan 180 darjah:


Adakah simbol di dalam video game ini hanyalah zodiak Virgo yang terbalik atau memang sengaja menghina Islam? 

8) Resident Evil 4
Sebuah lagi game yang menghina Islam ialah Resident Evil 4. Resident Evil 4 merupakan game berdasarkan bahayanya biologi iaitu virus dan zombie. Ringkasnya, misi game ini adalah untuk menyelamatkan anak presiden Amerika yang diculik oleh kumpulan yang bernama "Los Illuminados".

Los Illuminados bermaksud The Illuminated. Gambar berikutnya adalah lambang illuminati pada permainan tersebut.
 |Lambang illuminati pada loket atau tangkal tersebut|
 |Screenshot dari gameplay Resident Evil 4|

 |Zoom pada pintu tersebut|
Sedarkah anda apa yang tidak kena dengan gambar di atas?. Jika pembaca ingin tahuitulah pintu Omar Bin Khattab, Masjid Nabawi, Madina. Bagaimana ia boleh tersesat dalam game ni pula.
|Pintu Omar Bin Khattab, Masjid Nabawi|

Apa yang lebih teruk lagi ialah pintu tersebut telah di Illuminati-kan. Lihat gambar di bawah ini.

|Perbezaan pintu dalam game dengan realiti|

|Selepas meletakkan logo illuminati game tersebut|

Game ini turut dikeluarkan oleh CAPCOM bersama Devil May Cry. Tidak pasti pula apakah punca warga Jepun ini tidak berpuas hati dengan umat Islam.
9) Dante's Inferno 
Dante’s Inferno adalah game mengenai seorang karakter yang ingin menamatkan misinya yang dilakukan dalam neraka membolehkan pemain membuat pilihan sama ada mahu memusnah atau menyucikan roh manusia dikutuk menggunakan cahaya salib untuk dihantar ke syurga. Game ini menggunakan tempat neraka yang diilustrasikan terbahagi kepada sembilan tingkat lingkaran (Circles Of Hell) dengan mengikut dosa pada setiap manusia, seperti LustGluttonyGreedAnger,Violence, dan lain sebagainya. Dante adalah karakter yang di adaptasikan dari namaDante Alighieri, seorang penyair abad ke-14, iaitu seorang pejuang di masa Perang Salib III.

Jadi apa yang tak kena dengan game ni?. Permainan ini sebenarnya telah meletakkan Nabi Muhammad SAW ke dalam Neraka.

Menurut dari website Gameslatest : Middle East avoids Dante’s Inferno (telah dipadam)
Menurut website Gameslatest, di atas bahawa Timur Tengah telah mengharamkan game Dante's Inferno yang diterbitkan dari syarikat game terbesar iaitu EA Gameskerana "keutamaan selera pelanggan, campuran platform dan faktor lain". Faktor lain? Ya, faktor lain seperti penyair Dante (pejuang zaman perang salib III), menempatkanNabi Muhammad, nabi palsu dalam lubang neraka. Mengapa Islam ingin membantu mempromosikan di kalangan pengikut-pengikutnya satu videogame yang berdasarkanDivine Comedy nabi palsu yang menempatkan mereka di neraka?. Berdasarkan maksud tersirat pada "sajak suci" ianya dari Inferno Canto XXVIII:

No barrel, even though it's lost a hoop
or end- piece, ever gapes as one whom I
saw ripped right from his chin to where we fart:
his bowels hung between his legs, one saw
his vitals and the miserable sack
that makes of what we swallow excrement.
While I was all intent on watching him,
he looked at me, and with his hands he spread
his chest and said: "See how I split myself!
See now how maimed Mohammed is! And he
who walks and weeps before me is Ali,
whose face is opened wide from chin to forelock.
And all the others here whom you can see
were, when alive, the sowers of dissension
and scandal, and for this they now are split.
Behind us here, a devil decks us out
so cruelly, re-placing every one
of this throng underneath the sword edge when
we've made our way around the road of pain,
because our wounds have closed again before
we have returned to meet his blade once more.
But who are you who dawdle on this ridge,
perhaps to slow your going to the verdict
that was pronounced on your self-accusations?
"Death has not reached him yet," my master answered,
"nor is it guilt that summons him to torment;
but that he may gain full experience,
I, who am dead, must guide him here below,
to circle after circle, throughout Hell:
this is as true as that I speak to you."
Inferno XXVIII

Untuk pengetahuan anda, ayat diatas mempunyai maksud tersirat :

"See how I split myself!"
"See now how maimed Mohammed is!"
Dante Alighieri (1265-1321), sasterawan besar Italy, dalam Inferno-nya mengatakan bahawa Nabi Muhammad dan sahabat Baginda, Ali bin Abi Talib, dihumbankan ke dalam neraka tingkat ke lapan, kerana ia telah memecah belah masyarakat dengan ajarannya dan menabur kekejian selama hidupnya. 
Inferno XXVIII, 19-42
The poets are in the ninth chasm of the eighth circle, that of the Sowers of Discord, whose punishment is to be mutilated. Mahomet shows his entrails to Dante and Virgil while on the left stands his son Ali, his head cleft from chin to forelock.

Gambaran ilustrasi di atas adalah diambil dari salah satu lukisan-lukisan dalam pelbagai manuskrip yang tersimpan di perpustakaan-perpustakaan besar di dunia termasuk yang telahpun membuat satu filem bisu (tanpa dialog) pada tahun 1911 (The 1911 Italian silent film L’Inferno contained a dramatization of the scene; Mohammed is shown with his entrails hanging out).

Justeru, game Dante's Inferno ini telah menerapkan nilai-nilai negatif dan berunsur penghinaan kepada umat Islam sedunia dari sajak Dante Alighieri. Ianya sungguh membimbangkan walaupun ia sekadar permainan, namun memberi kesan dibawah sedar terhadap sesiapa yang bermain permainan tersebut dan ianya haram dibeli dan haram dimainkan oleh orang Islam. Generasi muda dinasihatkan agar berhati-hati dengan permainan terbabit yang boleh menyebabkan kerosakan akidah.

Kepada pembaca yang telah membaca artikel ini diharapkan supaya membantu dengan menyebarkan artikel ini kepada keluarga, rakan-rakan dan orangMuslim yang lain secepat mungkin.
“…Dan jauhkanlah diri dari orang-orang yang menjadikan ugama mereka sebagai permainan dan hiburan, dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia…”; Al-Quran: al-An’aam : 70 
“…Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: “Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah”, kamu merasa keberatan di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat?… Jika kamu tidak pergi beramai-ramai, Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya…”; Al-Quran: at-Taubah:38-39

Diriwayatkan daripada beberapa orang sahabat ; Abdullah bin ‘Umar, Huzaifah bin al-Yaman dan Anas bin Malik.
“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dalam kalangan mereka" 
Kesimpulannya, seluruh umat Islam adalah diharamkan bermain permainan video yang mempunyai unsur penghinaan terhadap mana-mana agama di dunia. Samada penghinaan keatas agama Islam, Kristian,  Yahudi, (Judais), Buddha, Hindu atau lain-lain agama. Jika kita tetap bermain permainan ini, bermakna kita telah menghina agama-agama tersebut dan bersubahat dengan penghina agama itu. Ia juga bermakna kita telah melanggar perintah Nabi Muhammad SAW.

Nabi Muhammad SAW melarang umat Baginda daripada menghina agama Islam dan semua agama yang ada di muka bumi ini. Orang Islam adalah dilarang dan diharamkan daripada menghina agama lain.