Sunday, July 31, 2011

Kegembiraan Ramadhan Melindungi Diri Daripada Neraka


“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa” (QS.Al-Baqarah:183)
Tanpa terasa, waktu demi waktu berlalu dengan cepatnya, dan berapa hari lagi bulan suci Ramadhan akan tiba kembali lagi. Kehadirannya memberi harapan dan semangat kepada setiap Muslim, kerana ia akan membawa kenikmatan jiwa dan rohani dalam kehidupan ini.
Dalam menyambut kedatangan bulan Ramadhan ini, orang-orang beriman menyambutnya dengan rasa gembira kerana kekasihnya Ramadhan akan datang, sehingga perintah shaum (puasa) yang diwajibkan Allah pada bulan itu dapat dilakukannya dengan baik. Nabi Muhammad Saw bersabda; “Siapa yang bergembira menyambut kedatangan bulan suci Ramadhan, Allah mengharamkan tubuhnya disentuh oleh api neraka” (Al-Hadis).
Tetapi ada juga orang yang menyambut bulan suci Ramadhan dengan perasaan tidak senang, sebab kedatangannya dianggap akan merugikan dirinya. Juga mengekang kebiasaannya yang dilakukannya di luar bulan Ramadhan, seperti makan dan minum di siang hari, merokok, dan sebagainya.
Ramadhan akan kembali menyapa kita, suatu bulan yang penuh dengan keberkatan. Kehadirannya membawa keberkatan yang melimpah ruah, kerana sebulan dalam bulan Ramadhan itu dibuka lebar-lebarnya semua pintu syurga dan dikunci semua pintu neraka,
“Sesungguhnya telah datang bulan yang penuh keberkatan, dimana telah difardhukan atas kamu berpuasa. Dibukakan pada bulan itu semua pintu syurga dan dikuncikan padanya semua pintu neraka dan dibelenggu pada bulan itu segala syaitan. Dalam bulan itu, ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. (HR. Ahmad, Nasai dan Baihaqi dari Abu Hurairah).

Wednesday, July 27, 2011

Petua Mudah Menghafal



Elakkan daripada memakan makanan dan bahan-bahan yang boleh melemahkan daya pemikiran dan daya ingatan (memori) anda:
  • Jangan suka makan kepala ikan. Pepatah Cina ada menyatakan; “Ikan mula busuk dari kepalanya.” Jika mahu menjamah juga sedikit, hendaklah membaca doa.
  • Jangan makan makanan dan minum air yang telah dimasuki serangga seperti semut, lalat atau lipas.
  • Jangan makan organ dalaman ikan, ayam, burung, lembu, kambing dan lain-lain seperti hati, jantung, limpa, paru, perut, otak dan sebagainya. Jika teringin juga hendak makan, bacalah doa.
  • Elakkan minum ketika sedang makan. Minumlah 1 jam sebelum atau selepas makan. Jika minum ketika makan, makanan tidak dapat dihadamkan dengan sempurna kerana enzim penghadam makanan telah dicairkan oleh air yang diminum. Makanan perlu dihadamkan dengan sempurna untuk mendapat zat yang optimum yang diperlukan oleh badan.
  • Makanan apabila lapar dan berhentilah sebelum kenyang. Jangan makan apabila tidak lapar dan jangan makan sehingga terlalu kenyang.
  • Makan awal pada sebelah malam, misalnya sebelum Maghrib. Waktu belajar memerlukan 2 jam selepas makan bagi membolehkan tumpuan diberikan sepenuhnya.
Petua Pelajar Cemerlang, Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah dan Hj. Muhammad Zakaria.

Doa kita bersama:Segala puji milik Tuhan Yang Maha Agung Pemilik Seluruh Alam ini, selawat dan salam atas Rasul Junjungan, Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga dan para sahabat baginda.
Ya Allah ajarkan kepada kami ‘ilmu yang bermanfaat, dan berikan manfaat kepada kami daripada ‘ilmu yang Kau ajarkan.
Ya ALLAH, jadikanlah kami, ibu bapa dan keluarga kami serta umat Nabi Muhammad s.a.w. yang lain hamba-Mu yang istiqamah dan ikhlas mentaati-Mu. Jadikanlah akhir hayat kami

Sunday, July 17, 2011

Nisfu Syaaban Malam Pengampunan


Hadis yang boleh dipegang dalam masalah Nisfu Syaaban ialah:
Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hamba-Nya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci).” [Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain].
Adapun amalan membaca Yasin sebanyak 3x pada malam tersebut sebenarnya adalah TIDAK WARID ( tiada sandaran) dari Al Quran dan Hadis Rasulullah SAW. Namun…tidak salah kita nak membaca Yasin pada malam tersebut.Yang salahnya ialah kefahaman sebahagian orang melayu yang meletakkan kepercayaan bahawa MESTI BACA YASIN 3x. Itulah yang salah.

Dari Abu Hurairah r.a : Nabi saw bersabda : “Telah datang kepadaku Jibrail pada malam nisfu Syaaban dan dia berkata : “Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintulah rahmat dibuka. Maka berdirilah dan kerjakan solat lalu angkatlah kedua tanganmu ke langit”. Kata saya : Hai Jibrail, apakah erti malam ini?” Dia menjawab : “Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah swtmengampuni orang-orang yang tidak mensyerikatkan Allah dengan sesuatupun, kecuali para ahli sihir, dukun, orang yang suka bermusuhan, peminum khamar, orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang yang suka mengadu domba dan orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni sehingga mereka bertaubat dan tidak mengulangi.” (Zubdathul Wa’izhin)


Diriwayatkan, bahawa Nabi saw bersabda : “Barangsiapa berpuasa tiga dari permulaan Syaaban dan tiga hari di pertengahan Syaaban dan tiga hari di akhir Syaaban, maka Allah swt mencatat untuknya, pahala seperti pahala 70 Nabi, dan seperti orang-orang yang beribadah kepada Allah swt selama 70 tahun dan apabila dia mati di tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid.
Nabi saw bersabda : “Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah dan berbuat ketaatan kepada-Nya serta menahan diri dari segala perbuatan maksiat, maka Allah swt mengampuni semua dosanya danmenyelamatkannya di dalam satu tahun itu dari segala macam bencana dan dari macam-macam penyakit.”
Dalam sebuah hadith Rasulullah SAW bersabda :”Keutamaan bulan Syaaban di atas semua bulan itu, seperti keutamaan aku di atas semua Nabi dan keutamaan bulan Ramadhan itu di atas semua bulan ibarat keutamaan Allah SWT di atas semua hamba-Nya.”  Bulan Syaaban adalah bulan Rasulullah dan bagi kita umatnya berbagai ganjaran yang disediakan untuk setiap amalan bagi persediaan menghadap bulan Ramadhan.

Salah satu amalan yang paling mudah yang perlu kita amalkan sepanjang bulan Syaaban adalah berdasarkan Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik : “Sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan laut dari sinar di bawah Arasy, lalu menciptakan satu Malaikat yang mempunyai dua sayap, satu sayapnya di timur dan sayapnya yang lain di barat, sedang kepalanya di bawah Arasy dan kedua kakinya di bawah lapis bumi ke tujuh. Apabila seseorang hambanya membaca selawat untukku di bulan Syaaban maka Allah SWT menyuruh Malaikat itu, supaya menyelam di air “Hidup”. Malaikat itupun menyelam, kemudian keluar dari dalam air serta mengibas-ngibaskan kedua sayapnya, sehingga bertitisanlah air dari bulu-bulu yang sangat banyak sekali. Maka Allah SWT menciptakan dari tiap-tiap titis air itu, satu Malaikat yang memohonkan ampunan bagi orang yang membaca selawat, sampai hari Kiamat.”
Kedua hadith di atas petikan dari buku Duratun Nasihin Mutiara Mubaligh.
Begitulah hebatnya ganjaran apabila kita perbanyakkan membaca selawat di bulan Syaaban. Sebenarnya banyak lagi kelebihan bulan Syaaban tetapi cukuplah aku kongsikan satu yang penting amalkan dengan Istiqamah. Jangan lupa Nisfu Syaabanpada 15 Syaaban.

Friday, July 8, 2011

Yang Maha Pelindung

AL MUHAIMIN


(Yang maha pemelihara atau maha pelindung)

Ya Allah, Tuhanku,
Engkau pemelihara dan pelindungku,
Limpahkanlah cahaya rahsia namaMu AL-MUHAIMIN,
Sehingga kau mengetahui sehalus-halus gejolak hatiku,
Sudut terdalam daripada nuraniku, fitrah ilahiahku,
Tuhan, pemelihara dan pelindungku,
Kiranya engkau bukakan tabir-tabir yang menyelimuti
Nurani AL-MUHAIMIN pada setiap manusia sehingga tidak ada lagi tindakan sesuka hati,
Kezaliman dan penindasan ke atas hamba-hamba-MU...

Wednesday, July 6, 2011

Yang Maha Mengasihani

AL WADUD
(Yang Maha Mengasihani)


Tuhan, jadikanlah aku instrumen kasihmu...
 Dimana ada kebencian –biarkan aku menebar cinta
 Dimana ada kelukaan hari -biarkan aku menjadi penghibur
 Dimana ada keraguan –biarkan aku menyebar keyakinan
 Dimana ada putus asa –biarkan aku menyebar harapan
 Dimana ada kesedihan –biarkan aku berkongsi kebahagiaan
 Dimana ada kegelapan –biarkan aku memberi cahaya...


Monday, July 4, 2011

Bernafaslah Dalam RedhaNya



Bismillah wal hamdulillah..


Ujian dan pengalaman sepatutnya membuatkan kite menjadi lebih matang dalam membuat sesuatu tindakan dan lebih berhati-hati dalam pekerjaan.
Tiada apa yang berlaku tanpa izinNya. Segalanya.. segalanya yg berlaku pasti ada sesuatu yg Allah tunjukkan. Jika diberi nikmat maka bersyukurlah, jika diberi kesusahan maka bersabarlah. Memang sukar untuk mempraktikalkan rasa SYUKUR dan SABAR itu..
Adakah kite bersyukur dikala senang dan adakah kite sabar dikala susah. Makanya, koreksilah diri kite selalu. Muhasabah diri.
Ya, muhasabahlah cintamu.. adakah kecintaan kamu terhadap dunia menjadikan kamu leka atau kecintaan kamu kpd dunia juga menjadikan sedih. Jadi, letaklah rasa cinta itu ditempat yg betul krn cinta itu suci… cinta agung hanya satu. cinta kepadaNya. maka, bernafaslah 
dalam redhaNya.


Waspadalah dgn patukan syaitan yg melobangi hati-hati manusia, Sabda Muhammad Rasullullah:”Sesungguhnya syaitan itu meletakkan muncungnya diatas hati anak Adam,maka jika manusia ingat kepada Allah,maka mundurlah ia dan jika manusia itu lupa kepada Allah,dipatuklah hatinya”(Hadis Riwayat Ibnu Jauzi)
Peliharalah hati sebaik-baiknya.. Jangan dibiarkan nafsu menguasai hati.. Jangan jadi hamba kepada dunia.
Kerana kita adalah hamba kepada-Nya yang satu, yg maha esa.
Gunakan akal dalam memacu perbuatan. Gunakan hati dalam menghayati keadaan. Gunakan nafsu dalam kesedaran.
ya Allah, peliharalah hati ini yang mendambakan cintaMu, dakaplah aku dikala aku kesedihan, sambutlah tanganku dikala aku terkapai-kapai, jangan Kau biarkan aku terus tanpa redhaMu. Aku hanya mahu redhaMu. Aku mahu bernafas dalam redhaMu ya Allah. Maka, janganlah Kau tinggalkan aku walau seketika cuma..amin..
Kita tidak tahu apa yang akan berlaku,
tetapi kita harus mencuba untuk mengetahui,
kerana kita tahu Allah itu maha mengetahui,
maka, cubalah untuk menjadi yang terbaik.
Sekadar coretan tanpa contengan.
Mencetuskan sesuatu difikirkan..

Cinta Si Anak Adam


Di saat hati sering gundah,
Hati  berbicara sepi menemani jiwa,
Aku tak ingin bicara dengan insan lain,
Dalam mencari erti sebenar cinta,
Aku hanya bebicara sepi pada diri,
Ku sering mendengar,
"Cinta kepada manusia hanya kecewa"
Namun, andai benar manusia hanya mengecewakan,
Mengapa manusia seling memerlukan???
Kerana kasih sayang itu takkan putus dari kehidupan manusia,
Cinta itu satu ANUGERAH
Jagalah sebaik-baik cinta yang kita ada,
Jangan dicemari dengan ketidakjujuran....ketidaksetiaan....


PeAcH!!!! nO wAr....