Saturday, November 26, 2011

-::IKTIKAF::-

Iktikaf amalan sunnah yang kini semakin dipinggirkan dan dilupakan. Apa itu iktikaf? Iktikaf ialah bertakafur di dalam masjid mencari keredhaan Allah S.W.T. Iktikaf yang disyariatkan ialah iktikaf sunat dan iktikaf wajib. 

SYARAT DAN RUKUN iktikaf terdiri daripada:-

* ORANG yang mengerjakan iktikaf
   - Syarat orang yang mengerjakan iktikaf ialah Islam, Baligh, Suci daripada haid dan nifas serta suci daripada      janabah.

* TEMPAT iktikaf
  - Syarat bagi tempat iktikaf ialah masjid kerana Nabi s.a.w., semua isteri dan sahabat baginda beriktikaf di dalam masjid dan serambinya yang dikira sebahagian dari masjid atau di dalam anjungnya, dia tas atapnya, sama ada masjid itu masjid jamik atau masjid bukan jamik. walau bagaimanapun, masjid jamik lebih di utamakan.
    Syarat bagi tempat iktikaf itu, buminya bukan muhtakarah (tidak memiliki atau dikuasai oleh pihak tertentu). Adapun jika buminya muhtakarah, tidak sah iktikaf tersebut melainkan jika dibuat sebagai panggung, binaan atau batu kemudian diwakafkan kepada masjid.

*BERHENTI
  - Syarat bagi berhenti di dalam masjid ialah lebih daripada kadar tamakninah dalam solat samaada  diam anggotanya ataupun berulang-ulang dan sama ada berpuasa ataupun berbuka. tidak memadai berhenti sekadar tamakninah solat atau kurang daripadanya. lalu dimasjid tidak dikira beriktikaf mengikut pendapat yang muktamad. sunat bagi seseorang yang beriktikaf mengulangi niat iktikafnya setiap kali masuk ke dalam masjid supaya memperolehi fadhilatnya.

*NIAT
  - Syarat bagi niat iktikaf ialah berserta dengan berhenti. Jika iktikaf itu fardu sebab nazar, maka wajib berniat fardu supaya berbeza daripada iktikaf sunat. Tidak disyaratkan menentukan sebab fardu iaitu nazar. Apabila seseorang itu berniat iktikaf secara umum seperti tidak ditentukan masa, maka memadai berniat iktikaf walaupun lama tempoh berhenti di masjid.
    Jika seseorang itu keluar dari masjid tanpa berniat kembali ketika keluar, selepas itu dia kembali semula, maka dia wajib memperbaharui niat kerana iktikaf yang telah lalu itu ialah ibadah. Maka, terputus ibadah itu dengan sebab keluar walaupun keluar hanya kerana qada hajat. Berbeza jika seseorang itu berniat akan kembali ketika keluar dari masjid, maka dia tidak wajib memperbaharui niat kerana tidak putus iktikafnya yang telah lalu walaupun tempoh keluarnya lama.

(*Dipetik drp MAJALAH SOLUSI isu no.36)

Tuesday, November 15, 2011

Tingkatkan Pembacaan Al Quran


1.       Jutawan – Membaca 300 hingga 1000 ayat setiap malam.
2.       Jayawan – membaca 200 hingga 299 ayat.
3.       Setiawan – Membaca 100 hingga 199 ayat.
4.       Pemelihara – Membaca 50 hingga 99 ayat.
5.       Yang Ingat – Membaca 10 hingga 49 ayat.
6.       Yang Lalai – Membaca 0 hingga 9 ayat. 

Tuesday, November 1, 2011

Masa Yang Diutamakan Membaca Al Quran


  1. Di waktu tengah malam sehingga fajar adalah palinh utama.
  2. Di antara maghrib dan isyak
  3. Sesudah solat subuh