Saturday, November 6, 2010

WaNiTa yAnG DiMuRkAi ALLAH...


1.Wanita yg digantung dgn rambutnya krn dia tidak menjaga rambutnya (di jilbab) dikalangan lelaki.
2.Wanita yg digantung dgn lidahnya krn dia menyakiti hati suaminya dgn kata
3.Kemudian Nabi s.a.w bersabda: “Tidak seorang wanita yg menyakiti hati suaminya melalui kata2nya kecuali Allah akan membuatnya mulutnya kelak dihari kiamat,selebar 70 zira’ kemudian akan mengikatnya dibelakang lehernya.
4.Adapun wanita yg digantung dgn buah dadanya krn dia menyusui anak org lain tanpa izin suaminya.
5.Adapun wanita yg diikat dgn kaki & tangannya itu krn dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dr haidh & nifas.
6.Adapun wanita yg memakan badannya sendiri krn suka bersolek utk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban org.
7.Adapun wanita yg memotong badannya sendiri dgn gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan org yg banyak dgn maksud supaya org melihat perhiasannya dan setiap org jatuh cinta padanya krn melihat perhisannya.
8.Adapun wanita yg diikat kedua kaki & tangannya sampai ke ubun2nya & dibelit oleh ular & kala jengking krn dia mampu mengerjakan solat & puasa.Tetapi dia tidak mahu berwudhuk & tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.
9.Adapun wanita yg kepalanya spt kepala babi & badannya spt kaldai krn dia suka mengadu-domba(melaga-lagakan org) serta berdusta.
10.Adapun wanita yg berbentuk spt anjing krn dia ahli fitnah serta suka marah-marah pada suaminya.

WaNiTa SuCi ItU uNtUk LeLaKi SuCi ItU....


Wanita Suci,
Mungkin aku memang tak romantik, tapi siapa peduli..?
Kerana kau belum begitu mengenaliku.
Bagiku kau seorang yang sempurna,
 tidak mampu aku samakan dengan yang terindah sekalipun.
Bagiku manusia adalah makhluk yang terindah, tersempurna dan tertinggi.
Bagiku dirimu adalah salah satu dari semua itu.
Wanita Suci,
Jangan pernah biarkan aku menatapmu penuh.
Kerana akan membuatku mengingatmu
Bererti memenuhi kepalaku dengan inginkanmu
Berimbas pada tersusunnya gambarmu dalam tiap dinding khayalku
Membuatku inginkanmu sepenuh hati, seluruh jiwa, sesemangat mentari
Kasihanilah dirimu jika harus hadir dalam khayalku yang masih penuh lumpur
Kerana dirimu sesungguhnya terlalu suci
Wanita Suci,
Berdua menghabiskan waktu denganmu, bagai mimpi tidak berhujung
Ada ingin tetapi tidak ada henti, berkelebat selalu
Meski dengan matamu pun tidak berani kau menatapku
Jangan pernah kalah dengan mimpi..!!
Inginku, kerana sucimu kau pertaruhkan
Mungkin kau tidak peduli, tetapi kau hanya menjadi wanita biasa
dihadapanku bila kau kalah
Dan tidak lebih dari wanita biasa !!
Wanita Suci,
Jangan pernah kau tatapku penuh. Bahkan tidak perlu kau lirikkan matamu untuk melihatku Bukan kerana aku terlalu indah, tetapi kerana aku seorang yang masih
kotor .
Aku biasa memakai topeng keindahan pada wajah burukku, meniru laku seperti Rasul
Meski hati jauh lebih kotor dari lumpur
Kau memang suci, tapi masih dapat dimanipulasi
Kerana kau manusia biasa, hanya seorang wanita biasa
Wanita Suci,
Beri Sepenuh diri pada Dia, Sang lelaki suci yang  dengan sepenuh hati kau damba
Kehadapan Illahi. Untuknya dirimu ada, itu kata otakku, tidak perlu difikir lagi
Biarkan lelaki suci menjemputmu dalam rangkaian khitbah dan akad yang indah
Atau biarkan dirimu yang menjemputnya, kerana itu adalah hakmu..!
Seperti dicontohkan ibunda Khadijah
Jangan ada ragu..! Semua terukir dalam kitab suci
Wanita Suci,
Bariskan harapanmu pada istikharah sepenuh ikhlas
Relakan Allah pilihkan lelaki suci untukmu
Mungkin sekarang atau nanti, bahkan mungkin tidak ada sampai kau mati
Mungkin itu kau terlalu suci untuk semua lelaki di dunia fana ini
Mungkin lelaki suci itu menanti di istana kekalmu
Yang kau bangun dengan segala kekhusyuan tangis doamu
Wanita Suci,
Ingatlah pilihan Allah tidak selalu seindah inginmu, tetapi itu pilihanNya
Tidak ada yang lebih baik dari pilihanNya
Mungkin kebaikan itu bukan pada lelaki yang terpilih itu, melainkan
Pada jalan yang kau pilih
Atau kebaikkan itu terletak pada kekasih tertinggi
Kekasih tempat kita memberi cinta dan menerima cinta
Dalam setiap denyut nadi kita...

Sunday, August 29, 2010

Khasiat Basmallah


Junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda:
“Tiada seorang bambapun mengucapkan ‘BISMILLAH HIRRAHMAN NIRRAHIM” kecuali Allah s.w.t.perintahkan para malaikat yang bertugas mencatat amal manusia untuk mencatat dalam buku induknya empat ratus (400) kebaikan.”
Dan diantara khasiat ‘BASMALLAH” dan ‘LA HAU LAWALA QHU WATAILLA BILLAHI ALIYIL AZIM” maka ia dihindarkan daripada tujuh puluh musibah diluar keperihatinan, kesusahan, penyakit akal dan membebel.
  • Barangsiapa membaca ‘Basmallah” 21 kali ketika hendak tidur maka ia aman dari syaitan laknatullah, kecurian, maut mendadak dan bala.
  • Barangsiapa membaca ‘Basmallah” ketika hendak bersetubuh (jimak) maka anaknya kelak cerdas dan terbuka hatinya serta menjadi anak yang soleh dan baginya kebajikan sejumlah tarikan nafas anaknya itu.
  • Barangsiapa membaca ‘Basmallah” 41 kali pada telinga orang yang pengsan maka ia akan segera siuman (sedar).
  • Barangsiapa membaca ‘Basmallah” 313 kali dan selawat atas Nabi Muhammad s.a.w. 100 kali pada hari Ahad disaat matahari terbit dengan menghadap kearah Kiblat maka Allah s.w.t. memberi rezeki tanpa diduga bersamaan fadhal dan kemurahan Allah s.w.t.
  • Barangsiapa membaca ‘Basmallah” 786 kali lalu ditiupkan pada air lalu diminumkan kepada orang yang bebal selama tujuh (7) hari disaat matahari terbit maka lenyaplah kebeballannya dan ia akan hafal apa yang didengarnya.
  • Barangsiapa membaca ‘Basmallah” 50 kali dihadapan orang yang zalim atau penguasa yang bengis maka ia akan tunduk atau ketakutan.
  • Barangsiapa menulis ‘Basmallah” 101 kali diatas kertas lalu diletak disawah padinya maka sawahnya akan subur dan terpelihara dari bencana dan kalau dituliskan pada kain kafan 70 kali maka mayatnya yang berselimutkan kain kafan itu akan aman dari bahaya Munkar dan Nakir juga ia terlindung dari siksa kubur.
  • Dan barangsiapa yang punya hajat kepada Allah s.w.t. maka sebaiknya ia berpuasa dihari Rabu, Khamis dan Jumaat dan dihari Jumaat itu dia mandi sunat dan wuduk lalu berangkat untuk menunaikan solat Jumaat dengan sedekah sekadarnya lalu sebaik sahaja habis solat Jumaat membaca doa:

Saturday, August 28, 2010

Amal Soleh Melalui 8 Lapisan



Ringkasan dari Hadis Muaz dengan Rasulullah SAW tentang Isra’ dan Mikraj:
1-Apabila amal soleh melalui langit pertama, Malaikat akan menilai agar amal soleh tersebut suci dari nilai-nilai Ghibah, atau mengumpat.
2-Apabila amal soleh tersebut berjaya melalui langit pertama, maka  Malaikat dilangit kedua telah ditugaskan agar amalan tersebut suci dari nilai-nilai Matlamat dunia, jika amalan terebut suci dan selamat dari sifat-sifat matlamat dunia , maka dibenarkan  meneruskan perjalanan dan akan naik ke langit ke tiga.
3-Semasa amal soleh tersebut melalui langit ketiga, Malaikat akan menilai dan menapis amalan tersebut agar suci dari sifat bangga diri.
4-Apabila amalan tersebut tidak memilki unsur-unsur bangga diri, maka amalan tersebut akan dibenarkan melangkah ke langit kelima, semasa amalan soleh melalui langit kelima, Allah SWT mengarahkan agar amalan tersebut dinilai agar  suci daripada nilai-nilai hasad.
5-Apabila amalan tersebut berjaya melepasi langit keempat, amalan soleh akan melalui langit kelima, semasa dilangit ke lima , amal soleh akan dinilai agar suci daripada sifat Ujub atau berbangga dengan kelebihan diri sendiri.
6-Apabila amal soleh telah berjaya melepasi langit ke  lima, amal tersebut akan melalui langit keenam, semasa amal soleh melalui langit keenam, Malaikat yang bertugas dilangit keenam akan menilai agar amal soleh tersebut  mengandungi sifat kasihan belas kepada orang lain, tidak menzalimi orang lain dalam semua perkara.
7-Apabila amal soleh telah berjaya melepasi langit keenam, maka amal soleh tersebut akan diarak oleh ribuan para malaikat sehingga mengeluarkan bunyi seperti lebah dan apabila sampai dilangit ketujuh, Malaikat yang menjaga langit ketujuh akan menilai agar amal soleh tersebut suci daripada sifat Riya’, iaitu amal soleh yang tidak disertakan dengan harapan agar amalannya diiktiraf oleh manusia serta disanjung dan diagung-agungkan.
8-Apabila amal soleh telah berjaya melepasi langit ketujuh, amal soleh tersebut akan diiringi oleh ribuan para Malikat. Apabila amal soleh tersebut telah berada dihadapan Allah SWT. Malaikat berkata kepada Allah SWT dengan kata mereka : Ya Allah inilah amal yang terbaik yang telah melepasi segala tapisan, tetapi Allah SWT berfirman : Sesungguhnya masih ada lagi tapisan yang perlu dilakukan kerana Aku lebih mengetahui sesuatu amalan yang terbaik ” Maka Allah SWT akan  menilai agar amal soleh tersebut dilakukan adalah benar-benar Ikhlas demi Allah SWT”, setelah amal soleh tersebut benar-benar dilakukan kerana Ikhlas kepada Allah SWT, Maka Allah SWT bersetuju memberi pahala dan dimasukkan kedalam Syurga.
Nota: Setiap amal soleh yang tidak melepasi tapisan-tapisan para Malaikat, amal soleh tersebut akan dihumban ke muka pemilik amal soleh tersebut.