Friday, March 23, 2012

...Cintaku Apa Adanya...


Bukanlah ku tak ingin memiliki cintamu,
Namun jiwaku masih belum sepenuhnya bertemu cinta Allah Ta'ala...

Bukanlah ku tak ingin merinduimu,
Namun hatiku masih lagi selalu lupa untuk mengingatiNya..

Jadi adakah perlu untukku mencintaimu sepenuh jiwaku,
Sedangkan jiwaku masih belum penuh mencintai Penciptanya..

Adakah perlu untukku merinduimu sedalam hatiku,
Sedangkan hatiku masih selalu lupa akan Pemiliknya..

Andai j0doh itu milik kita..kite pasti akan bersama...!
pimpin tanganku ke syurgaNya..
InsyaAllah.. =) 

Untuk Mu Calon Suami Ku



~Wahai calon suamiku,
Saat aku masih menjadi asuhan ayah dan bondaku, 

tak lain doaku agar menjadi anak yang solehah 
agar kelak dapat menjadi tabungan keduanya di akhirat kelak...
Namun nanti setelah menjadi isterimu, 
aku berharap menjadi pendamping yang solehah
agar kelak di syurga cukup aku yang menjadi bidadarimu 
dan mendampingimu yang soleh...

Saturday, February 4, 2012

...Mencintaimu Dalam Diam...




Tolonglah! Jangan seksa jiwa batin saya begini. Awak telah curi hati saya. Tapi awak tidak bertanggungjawab! Sanggup awak buat saya macam ni, gantung tidak bertali. Siang malam saya teringatkan awak. Awak hadir dalam mimpi saya. Dalam bayang-bayang saya. Apa yang perlu saya buat?
Awak di sana. Saya di sini. Saban waktu saya menunggu mesej daripada awak. Jantan yang ditunggu tidak kunjung tiba, jantan lain pula masuk line. Awak tak cemburukah?  2 tahun menunggu cukup lama. Saya tidak boleh tahan lagi. Tolonglah fahami perasaan saya.
Monolog aku sendirian. 

Air mata ini kadang terlalu murah kerana cinta. Berendam hujan tidak kira siang malam. Jika dunia melihatku, betapa buruknya aku. Apatah lagi di hadapan Allah dan ibubapa. Aku malu. Cukup malu. 
Tapi apakan dayaku?



Terlanjur mencintainya begitu menyeksakan. Telah ku serahkan hati ini kepadanya. Bila dia hadir dalam hidupku, hari-hariku berlalu dengan indah dan bahagia. Di dalam hati ini ada taman bunga yang hidup segar mewangi. Aku benar-benar menyayanginya. Dia sangat baik bagi pandangan mataku. Lengkap segala impian untuk dibina masjid bersama.

Apatah lagi berlatarbelakangkan agama sudah memberi kredit yang lumayan dalam menempah banglo besar di syurga kelak. Aku yakin dialah bakal suamiku. Tiada siapa yang dapat menghalang kami. Ya, aku dan dia adalah pasangan kekasih yang pasti dan pasti akan diijabkabulkan dan berkekalan hingga nafas terakhir. 
Khayalanku semakin jauh menerobos tembok bilik. Buku di hadapan muka bukan lagi fokusku. 

Arghhhhhhhh!!!!!!!
Berendam lagi aku malam ini. Esok ada kuliah pula. Kacau betullah! Ya Allah, bantulah aku hambaMu yang lemah. Aku tidak tahu apa sudah jadi pada diriku. Aku tak tahu nak buat apa. Aku rimas dalam dakapan bayang-bayang ini. 

Allah………….

Ku tepis sekuat hati buku di hadapan jatuh ke lantai. Sambil teresak-esak aku mengambilnya kembali. Entah mengapa aku terlalu emosi malam ini. 


Aku terkedu terlihat gambar keluarga di sebalik helaian buku yang jatuh. Gambar ketika aku mula-mula menjejakkan kaki ke sini, (USM). Semuanya tampak ceria. Ibu dan ayah seringkali berpesan agar pandai membawa diri dan belajar bersungguh-sungguh. 

Oh! Kalaulah ibu dan ayah tahu apa yang aku lakukan selama ini, ketika ini tentu sahaja mereka kecewa. Tentu hati mereka tidak tenteram dan sakit melihat anaknya mengabaikan amanah. Aku berlaku curang di belakang mereka. Tidak setia kepada janji. Tewas dalam permainan perasaan. 


Sungguh benar kata-kata guru sekolahku :

“Dadah kepada remaja adalah cinta. Sekali dirasa, pasti nak lagi. Sikap ketagih yang berterusan membawa kebinasaan jika dilayan tanpa kawalan. Inikan pula dibakar dengan amukan asmara dan sentuhan fizikal. 


Remaja hakikatnya belum layak untuk bercinta. Di usia mentah ini sepatutnya mereka fokus untuk belajar demi memajukan diri, keluarga dan agama. Melainkan betul-betul sudah bersedia untuk berkahwin. Ingatlah, jangan berani bermain api jika diri tidak bersedia untuk dibakar.”
Awak..

Berat sungguh aku menyimpulkan rasa. Saya delete awak dari akaun saya dan tukar akaun emel saya. Facebook  saya. Nombor telefon saya. Serta apa-apa yang boleh membuka peluang untuk kita berhubung kecuali doa. 

Cinta.
 

“Bila belum bersedia melangkah lebih jauh dengan seseorang. Cukup cintai dia dalam DIAM. Kerana diammu adalah salah satu bukti cinta kepadanya. Kau ingin memuliakan dia dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang. Kau juga tidak mahu merosakkan kesucian dan penjagaan hatinya.”
BERCINTA DALAM DIAM?

Saya sudah penat bercinta. Saya nekad untuk berhenti sahaja di sini. Saya mahu cinta hanya selepas nikah. Saya mahu perasaan cinta yang dibina dihormati, dibelai dan paling penting diberkati oleh Pencipta Cinta. Mungkin saya sedar dosa-dosa yang telah saya lakukan kepada awak. Dosa-dosa yang telah kita lakukan bersama. Saya mahu sucikan semua itu.

Saya inginkan yang halal. Saya tak sanggup lagi mengingati awak dengan tangisan dan derita. Saya mahu bahagia yang sebenar, keberkatan Allah dan pahala yang berterusan apabila mengingati kekasih, suami saya. 

Betul. Kalau saya ingat suami, saya dapat pahala. Tapi kalau saya ingat awak apa yang saya dapat?
Zina hati. Hati saya sudahlah kotor menjadi semakin kotor. Saya telah leka daripada Allah. Jauh. Terasa jauh benar saya denganNya. Inilah jalan paling terbaik. Lepaskan cinta ini pergi. Biarkan saya dengan cinta Allah. 
Ya, banyak lagi perkara yang perlu kita sumbangkan terutamanya untuk ummah. Selagi umur muda masih ada. Kelak bila Allah tarik nikmat ini, tiada lagi penyesalan. 


"Dan kepunyaanNyalah apa-apa yang di langit dan di bumi, semua makhluk tunduk kepada-Nya" (Surah al-Rum : 26)
Selamat tinggal kenangan lama. Setelah kubungkus, akan ku lemparkan ke mulut lori sampah. Aku nekad. Aku ingin menjadi hamba Allah, bukan hamba cinta. 

"Jika Allah mengetahui ada kebaikan di dalam hatimu, nescaya Dia memberikan yang lebih baik daripada apa yang telah diambil darimu dan Dia akan mengampuni kamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (Surah al-anfal : 70)

Dipetik dari muslimdoktor 

Monday, January 30, 2012

Maafkanlah....


Maafkanlah...

1. Maafkanlah supaya kita diampunkan.
    "...dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka Allah    mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang." (an-nur:22)

2. Maafkanlah supaya Allah menjadi sayang.
    "...dan jika kamu maafkan dan kamu santuni serta ampuni (mereka), maka sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang."(at-Taghabun:14)

3. Maafkanlah supaya kita tidak sama dengan orang bodoh.
    "Jadilah pemaaf dan suruhlah orang yang mengerjakan yang makruf, serta jangan pedulikan orang yang bodoh."(al-A'raf:199)

4. Maafkanlah kerana orang mulia sentiasa memaafkan.
    "Tetapi barang siapa bersabar dan memaafkan, sungguh yang demikian itu termasuk perbuatan yang mulia."(asy-Syura:43)

5. Maafkanlah agar kau termasuk di kalangan orang yang gagah menahan marah.
    "...menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain."(Ali Imran:134)


Fatimah Syarha Mohd Noordin,(2011).
Sebarkan Cinta-Mu.PTS Litera Utama Sdn.Bhd.

Tuesday, January 3, 2012

::Hanya Dia::



Assalamualaikum...
Selamat Menyambut Tahun Baru...
sekejap aje dh 2012 rupanya...mood pun masih lagi mood sambut tahun baru... pejam celik pejam celik setahun ku habiskan masa remajaku hanya mengenangkan kisah cinta yang tak kesampaian...hehehehe....tak kesampaian ke???hakhak agaknya la.... ruginya setahun tu...tapi ape pun dah lumrah hidup, hidup tak selalunya indah...ku harapkan badai yang melanda ini akan menerbitkan sinaran mentari dan keindahan pelangi.... tapi adakah hidup ku disepanjang 2012 ni adalah lebih bermakna...ya, ku harapkan ianya lebih bermakna dan berbunga ceria....
biasa lah di blog ni kebanyakkannya anah terbit kan catatan mengikut mood...skang mood tengah sedih tapi hati mahu melepaskan semua kesedihan itu...perginya seorang insan dalam hidup ku yang selama ini dia lah penawar dia lah racun, seorang sehabat yang menjadi tempat ku berduka lara dan bersuka ceria...kerana hanya dengan kehadirannya hati yang pedih, sedih kembali ceria..hanya dengan menatap dia merubah mood ku kembali ceria..hanya dengan dia aku jadi begini..jadi tidak tentu arah...perginya dia hanya disebabkan masalah hati...ya hanya dengan masalah hati kami berpisah....
dia insan yang ku sayang yang ku harapkan...tapi ye la setiap perhubungan pasti ada badainya....mungkin ini takdir dan ujian tuhan untukku lalui....selepas perpisahan ini, kami jarang berhubung lagi, yaaa....dulunya akrab kini sepi sendiri....hanya dia dihati ku...hanya dia....setiap hari ku pohon pada tuhan agar setiap kali mata ini celik melihat dunia, ku akan lupakan dia dan segala yang berlaku...tapi sebaliknya...hanya dia yang terdetak difikiran....arghhhh ujian tuhan...setiap hari ku berdoa agar rasa cinta ini pergi, biar hanya diisi dengan rasa cinta pada yang Esa....tapi Allah mengujiku...makin kuat rasa rindu, sayang dan ingatanku padanya...ku hanya mampu berserah..andai ini caranya untuk ku mendapat cinta kedua2nya..andai ini yang ku perlu lalui untuk kembali dekat kepada Mu Ya Allah...ku redha, ku pasrah...
kini ku masih merawat hati yang luka pedih... ku menghitung hari...untuk kembali kepada Dia....Allahhu Rabbi....setiap hari ku bermunajat kepada Mu agar hati ini tetap dengan cinta kepada Mu dan redha dengan segala takdir Mu..... maaf untuk insan tersebut andai sepanjang perkenalan aku bukan yang terbaik untuk mu...kerana aku hanya aku...terima kasih untuk kenangan yang terindah... ^-^  ''inilah aku apa adanya. yang ingin membuatmu bahagia. maaf bilaku tak sempurna sesempurna cintaku padamu''  


“Wahai Tuhanku, jika Kau jadikan umur ini sebagai ujian dan masa sebagai dugaan, dan Kau uji kami dengan perasaan yang terpendam dalam diam yang tak bertepian. Ketahuilah Tuhanku, separuh dari ujian sudah kami lalui dengan lelah sekali. Saat Kau tuliskan takdir yang menyakitkan, Kau selimuti hati kami dengan harapan agar esok kami bangkit dan teruskan kehidupan. Dan ternyata sehingga sampai waktu ini, tidak pernah ada ragu untuk berpaling dari doa-doa semalam. Moga Kau berkati umur dan segala amalan kami. "