Monday, January 30, 2012

Maafkanlah....


Maafkanlah...

1. Maafkanlah supaya kita diampunkan.
    "...dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka Allah    mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang." (an-nur:22)

2. Maafkanlah supaya Allah menjadi sayang.
    "...dan jika kamu maafkan dan kamu santuni serta ampuni (mereka), maka sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang."(at-Taghabun:14)

3. Maafkanlah supaya kita tidak sama dengan orang bodoh.
    "Jadilah pemaaf dan suruhlah orang yang mengerjakan yang makruf, serta jangan pedulikan orang yang bodoh."(al-A'raf:199)

4. Maafkanlah kerana orang mulia sentiasa memaafkan.
    "Tetapi barang siapa bersabar dan memaafkan, sungguh yang demikian itu termasuk perbuatan yang mulia."(asy-Syura:43)

5. Maafkanlah agar kau termasuk di kalangan orang yang gagah menahan marah.
    "...menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain."(Ali Imran:134)


Fatimah Syarha Mohd Noordin,(2011).
Sebarkan Cinta-Mu.PTS Litera Utama Sdn.Bhd.

No comments:

Post a Comment