Sunday, February 27, 2011

***CiNtA***

aku sudah jatuh cinta!!!!
i love u
Wǒ ài nǐ
wah bgai nk rak jek ckp kuat2...
sape ntah nk dgr......
ermmmmmm....
Cintaku kepada Tuhan kerana aku adalah ciptaan-Nya. Cintaku terhadap seseorang itu adalah kerana perasaan yang dicipta-Nya...
kasih dan sayang di dalam hati, ingat dan rindu hingga ke mati....

"Kerana aku cintakan pada Allah, ketaqwaanku pada Allah membuat aku ingin terus mencari cari cinta yang sejati pada Allah yang akan menguatkan lagi keimananku padaNya. Semakin aku mencari cintaku pada Allah disitulah aku diduga dengan berbagai dugaan dan cabaran. hidup yang penuh dengan gelora turun naik seperti roda-roda yang berputar putar, gelombang lautan yang pasang surutnya. begitulah kehidupan yang harus aku tempuhi.'
Kerana cintaku pada Allah, menguatkan lagi cintaku kepada sesama insan makluk Allah jadikan untuk kita jadikan teman. Kasih sayang yang salah satu kesempurnaan dalam tabiat manusia. Rasa kasih sayang membuat orang turut merasa sedih dan melihat penderitaan sesama makhluk dan berusaha menghapuskannya dan meringankannya. Jelaslah kasih sayang itu adalah tabiat manusia yang selalu menrindukan kasih sayang sesama insan. Kasih sayang Allah juga meliputi seluruh alam wujud dan merata pada seluruh alam malakut. Manakala sinar pengetahuannya yang meliputi segala sesuatu memancar, memancarnya pula rahmat kasih sayangnya yang meliputi segala galanya
Rasa kasih sayang, keramahan dan kebajikan yang kita dapati dibumi ini adalah percikan dari rahmat Allah s.w.t, zat Allah Azza wa Jalla yang terdapat didalam hati manusia. Orang yang hatinya lembut suci dan paling besar kasih sayangnya dari percikan rahmat Illahi.
Petikan dari surah Ali Imran ayat 159 : "Maka disebabkan rahmat kasih sayang Allah lah engkau belaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya engkau bersikap keras dan berhati kasar , tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu".
Orang yang mengenal ciri ciri kehidupan dunia,yaitu ketika beliau dikurniakan sesuatu.
Surah An Naml ayat: 40 :" Ini adalah kurniaan Tuhanku untuk menguji diri ku apakah aku bersyukur atau kah mengingkari nikmatnya. Barang siapa bersyukur sebenar-benar bersyukurnya itu untuk kebaikan dirinya sendiri,dan barang siapa yang ingkar maka sungguhnya Tuhanku Maha Kaya dan Maha Mulia"
Ujian yang berupa hal-hal menyedihkan banyak sekali sebab-sebabnya. Sebaiknya kita dapat memahami kehidupan manusia. Suratan takdir yang kadang-kadang menguji sebahagian manusia dengan cubaan yang mungkin boleh mengakibatkan penderitaan. Menghadapi ujian-ujian ini kita harus lah tabah, sabar dan berserah diri kepada Allah SWT.
Kerana kehidupan dunia ini penuh dengan berisi ujian cubaan, maka kewajiban kita ialah berusaha sekuat tenaga untuk mengharungi dugaan dan cabaran itu.
Belajar lah mengambil berat hal-hal sedemikian dengan penuh rasa cinta, kasih dan sayang bukan hanya untuk dunia tapi juga untuk akhirat. Kerana di akhiratlah akan kekal dan ia akan lebih indah apa yang kita dapati didunia dan tak bisa untuk kita membandingkan kenikmatannya.
Janji Allah, dalam surah At taubah ayat: 72 :Allah menjanjikan orang orang yang beriman, lelaki dan perempuan,(akan beroleh) Syurga-syurga yang mengalir dibawahnya beberapa sungai; maka kekal didalamnya beroleh tempat-tempat yang baik didalam "syurga Adn" serta keredhaan dari Allah yang lebih besar kemuliaannya; (balasan) yang demikian itulah kejayaan yang besar".


No comments:

Post a Comment