Sunday, August 14, 2011

mencintaimu Di Dalam Diam

Dari kejauhan dengan kesederhanaan jua keikhlasan..
Namun jika benar cinta itu kerana ALLAH..
maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH,
kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH 
maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH..
"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."[Adz Dzariyat:49].

Tetapi jika kelemahannya masih nyata dan jelas dipelupuk mata,maka bersabarlah, berdoalah serta berpuasalah untuk mengawalnya..
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk."[Al Israa':32].

Mencintaimu di dalam diam...
Kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan ku dari ujian,
Kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenanganku,
Kerana mungkin membawa kelalaian pada hati yang ku jaga selama ini,
Kerana memupuknya hanya akan menambah penderitaan bagiku,
Kerana menumbuhkan harapan hanya akan memberikan kebahagiaan para syaitan..

Cukuplah mencintaimu di dalam diam 
dari kejauhan dengan kesederhaan serta keikhlasan..
Kerana tiada yang tahu rencana Illahi,
Mungkin saja rasa ini hanyalah ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan,
Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan,
Cukuplah ku serahkan sahaja perasaan itu pada Yang Memberi dan Memilikinya,
Serta membiarkan sahaja DIA yang mengatur segalanya sehingga keindahan itu datang pada waktunya....
"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."[Umar Bin Khattab r.a]...

No comments:

Post a Comment